Body News

Berlari adalah senaman yang sangat mudah – apa yang kamu perlukan hanyalah kasut sukan yang bagus dan tahan lasak. Tapi ia tidaklah bergantung kepada kasut semata-mata. Tiga perkara ini amat penting untuk elakkan kecederaan ketika berlari.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Pandangan Kamu

Melihat ke bawah akan beri tekanan kepada leher. Sebaliknya, pandang pada satu tempat lebih kurang 30 kaki di depan kamu. Bayangkan separuh badan kamu (pinggang ke atas) ditarik oleh tali dari kepala kamu. Ini membuatkan kaki kamu seakan terapung ketika berlari.

Tangan Kamu

Hayunan tangan yang luas akan meletihkan tapi jangan pula kamu biarkan ia tergantung. Ia perlu berada dalam posisi relaks (tiada tekanan kepada leher atau bahu) dengan siku sekurangkurangnya tidak melebihi sudut 90 darjah, pergelangan tangan relaks dan tangan sedikit condong seperti memegang cawan.

Langkah Kamu

Ia agak sukar, tapi cuba mendarat pada tengah kaki kamu (midfoot) dan bukan pada tumit mahupun jari kaki. Cuba larian langkah kecil dengan mendaratkan kaki dekat dengan tubuhmu. Langkah yang besar memberikan kamu pergerakan yang lebih cepat, tapi ia akan meningkatkan lagi risiko kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.