Sensasi Sejuk Beku Untuk Kulit Tenang

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Jika kulit kamu sering mengalami ketidakselesaan seperti kekeringan, gatal-gatal, kerengsaan dan kemerahan, kamu mempunyai kulit sensitif. Pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV, keadaan cuaca yang buruk seperti pencemaran dan penggunaan produk yang tidak sesuai boleh menjadi punca. Memperkenalkan Astute Cryo Facial, a medical facial untuk kamu yang mempunyai kulit sensitif, menggunakan terapi sejuk dengan teknik elektroforesis sejuk atau iontophoresis untuk menyampaikan serum dan vitamin yang mencerahkan ke dalam kulit untuk membantu pertumbuhan semula kulit yang cepat dan mengurangkan kemerahan. ‘Kesejukan’ segera melegakan dan menenangkan kulit yang paling sensitif dan pada masa yang sama meremajakan kulit yang lelah. Hasilnya adalah kulit lebih cerah dan sangat lembut apabila disentuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.