Q&A?

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Q/

Saya sedang mengalami masalah rumah tangga. Dua bulan lalu, suami berhenti kerja kerana ingin fokus pada jualan amanah saham. Malangnya, dia seorang introvert dan lebih gemar habiskan masa bermain game berbanding mencari klien. Seluruh perbelanjaan rumah saya yang tanggung. Bagaimana untuk nasihatinya? A/ Jangan bersedih, mungkin kamu rasa down dan tak bersemangat tapi demi keluarga kamu perlu kuat. Langkah pertama, ajak si dia berbincang dan jelaskan kembali objektif dia berhenti kerja. Kedua, beri masa kepadanya memandangkan dia seorang introvert. Tapi jangan terlalu lama kerana takut dia menjadi terlalu selesa dan terus abaikan tanggungjawabnya. Ketiga, cadangkan alternatif pekerjaan lain seperti berniaga online atau menjadi pemandu Grab. Cosmo faham kamu stress tapi jangan beri tekanan pada si dia okey. Selamat mencuba!

Q/

Saya baru berumah tangga dan sudah merancang dengan suami untuk pindah dari rumah mentua dan hidup berdikari. Tapi setelah sebulan menetap di sini, suami nampak selesa dan sengaja melengahkan perancangan kami (mungkin si dia selesa). Bagaimana untuk berbincang dengannya mengenai hal ini? Tambah lagi, mentua jenis cerewet. Help!

A/ Tak dinafikan pelayaran rumah tangga banyak rencahnya. Sabar adalah kunci utama. Cosmo cadangkan kamu pikat hatinya dengan perkara, masakan atau apa saja yang menjadi kegemarannya. Selain itu, kamu boleh mula mencari rumah sewa dan tunjukkan pada suami dan minta dia bayangkan kehidupan kalian yang lebih privasi. Teruskan usaha untuk memujuk, percayalah, si dia akan ‘termakan’ juga akhirnya. Jangan mudah mengalah.

Q/

Saya dan pasangan sedang dalam perhubungan jarak jauh dan kami bekerja dalam bidang oil and gas. Ketika si dia offshore sebulan di laut, saya pula di darat – begitulah sebaliknya. Internetlah medium kami untuk berhubung. Cuma bila bertemu, si dia seakan tak berminat untuk borak panjang. Mengapa ya? A/ Kalian sudah biasa berhubung tanpa bersua muka, jadi mungkin si dia lebih selesa berkomunikasi di alam maya. Cuba semarakkan kembali hubungan kalian dengan kejutan (jika si dia tidak berada di offshore) seperti memesan lunch box dan hantar ke pejabatnya, beri bunga atau kamu sendiri ke pejabatnya dengan membawa buah tangan. Berjauhan terlalu lama boleh memudarkan rasa cinta, jadi jangan ambil remeh perkara ini ya.

DIA SEORANG INTROVERT DAN LEBIH GEMAR HABISKAN MASA BERMAIN GAME BERBANDING MENCARI KLIEN. SELURUH PERBELANJAAN RUMAH SAYA YANG TANGGUNG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.