Yang Ditunggutunggu...

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY HOT BRAND -

Sekali lagi Cosmo dijemput ke Bangkok, Thailand untuk pelancaran produk terbaru Dyson. Terus baca artikel ini kerana kamu akan menggilai produk yang bakal kami reveal, like what they did to us!

Benar, sehingga kini belum ada yang boleh menandingi kehebatan pengering rambut Dyson SupersonicTM. Kalau kamu sudah pun memiliki pengering rambut ini, pasti kamu tertunggu-tunggu produk terbaru daripada jenama hebat ini di pasaran. Seperti Dyson SupersonicTM, team jurutera dan saintis rambut Dyson berusaha keras untuk memahami rambut dari akar ke hujungnya dan menyelidik jenis rambut berbeza serta tabiat penggayaan di seluruh dunia. Mereka mengenal pasti keinginan dan cabaran utama yang berkaitan dengan penggayaan iaitu manusia menginginkan rambut yang lebat, bermaya dan beralun; rambut nipis yang tampak lebat dan selebihnya menginginkan rambut yang lembut tanpa kehilangan volume.

Tahun ini, Dyson memperkenalkan teknologi kecantikannya yang kedua: Styler Dyson Airwrap™. Ia menggunakan jet udara untuk membolehkan kamu mencapai gaya rambut

keriting yang diingini, rambut dengan volume dan kemasan semula jadi untuk blow-dry di rumah. Dicipta oleh pakar dalaman, ia dilengkapi motor digital Dyson V9 dan tong penggaya Dyson yang unik, membolehkan styler ini menggaya dengan udara tanpa penggunaan haba yang melampau. Selalunya, sebelum menggayakan rambut kamu perlu mengeringkannya terlebih dahulu, kan? Kini, magis Dyson Airwrap™ boleh menggayakan rambut dari basah hingga kering. We kid you not!

Kawalan Haba Pintar:

Menggaya rambut tak seharusnya merosakkan ‘mahkotamu’. Seperti pengering rambut Dyson Supersonic™, styler Dyson Airwrap™ mempunyai kawalan haba pintar. Termistor kaca manik mengukur suhu sehingga 40 kali sesaat, menghantar data suhu ke mikropemproses dan mengawal suhu produk. Ini membantu memastikan rambut tidak terdedah kepada haba melampau.

Direka untuk menambah body dan volume untuk rambut nipis dan flat - Dyson Airwrap Volume + Shape, RM1,999 Direka untuk mengawal dan melicinkan rambut keriting dan kusut - Dyson Airwrap Smooth + Control, RM1,999 Direka untuk pelbagai jenis rambut - Dyson Airwrap Complete, RM2,199

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.