PETANDA SI DIA JEJAKA ALPHA

JIKA KAMU BERMINAT MENCARI ‘THE REAL MALE’ SEBAGAI PASANGAN, BACA SELANJUTNYA UNTUK KETAHUI KRITERIA MEREKA.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN HUNK OF THE MONTH -

Jenis Tak Mudah Mengalah

Sikap berputus asa tak pernah wujud dalam kamus hidup jejaka alpha, baik dari segi kerjaya mahupun mendapatkan wanita yang dicintai. Bukan itu saja, dia juga jenis konsisten dengan apa yang dia mahu.

Bersikap Melindungi Dia mampu mempertahankan dan membela nasib keluarga dan insan tersayang. Jangan sesekali ‘sentuh’ orang yang disayanginya, nahas hidup kamu nanti! Si dia juga tak suka golongan lelaki yang gemar merendahkan martabat wanita.

Sukakan Cabaran

Ada saja kisah nakal zaman remaja yang dia kongsikan denganmu. Ya, mungkin dia pernah buat silap pada masa lalu tetapi si dia jadikan semua itu pengajaran dalam hidup. Lelaki sebegini juga jenis aktif dan gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.