Q&A?

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN LOVE THERAPY -

Q/

Saya dan pasangan berbeza agama. Kami mahu ke fasa lebih serius dalam perhubungan, tapi ditentang keduadua keluarga kerana si dia harus menukar agama ke Islam. Tambah pula, si dia anak tunggal. Adakah berpisah jalan terbaik?

A/ Agak sukar kerana masalah percintaan kamu melibatkan dua kepercayaan dan si dia anak tunggal, jadi cuba berbincang antara dua keluarga. Jika ibu bapa kamu restu, bincang dan yakinkan pihak lelaki untuk menukar agama. Katakan kamu bukan mahu memutuskan silaturrahim antara si dia dan ibu bapanya. Pastinya pelbagai soalan si dia akan kemukakan untuk memeluk agama Islam, jadi siap sedia dengan jawapan walaupun remeh. Bukan hal mudah ya kerana hubungan yang bakal kalian bina bukan semata-mata berdasarkan nafsu, jadi pastikan kamu bersedia. Cosmo mahu kamu prepare mental dan fizikal untuk harungi segala dugaan yang mendatang!

Q/

Teman lelaki saya curang sebanyak tiga kali, kali ini dia minta maaf dan ajak saya bernikah. Terus terang saya masih cintakan dirinya tapi teman-teman dan keluarga minta saya berhenti mempercayainya. Apa yang patut saya lakukan sekarang? A/ Asas sesebuah perkahwinan adalah kepercayaan dan pernikahan bukanlah hal yang boleh dicubacuba. Jika kamu tidak mempercayai si dia sepenuhnya tapi masih ada rasa sayang, berilah peluang kedua sebelum membuat keputusan untuk bernikah. Beri masa untuk bina kepercayaan dan bernikah hanya bila kamu percaya cinta kalian sudah kukuh. Beri timeline pada diri sendiri untuk kembali percaya padanya. Jika si dia tak menghargai dan mengkhianati peluang yang diberi, tegas dengan pendirian untuk move on. You deserve better. Ingat tu!

Q/

Benarkah pendapat orang: Lelaki dari keluarga ‘biasa-biasa’ yang tiba-tiba berjaya akan lupa diri dan curang dengan pasangan? A/ Setiap daripada kita mempunyai pemikiran dan persepsi berbeza dalam pelbagai perkara. Cuba tanya diri kamu apa sebenarnya yang bermain di fikiran sehingga tercetus persoalan sebegini. Pendapat Cosmo, tidak semestinya. Kamu sendiri yang menentukan sama ada kamu mahu berfikiran sempit atau berpandangan jauh dalam hal ini. Cosmo nasihatkan kamu berhenti bersikap judgemental dan mula berfikir secara positif serta lebih terbuka. Kamu lebih kenal siapa teman lelakimu. Selain itu, teman rapat juga harus bersikap positif kerana kamu mungkin mudah terpengaruh jika teman beri tekanan.

TEMAN LELAKI SAYA CURANG SEBANYAK TIGA KALI, KALI INI DIA MINTA MAAF DAN AJAK SAYA BERNIKAH. APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN SEKARANG?

JANUARI 2019 COSMOPOLITAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.