SISSY IMANN

24, PENYANYI & PELAKON

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah, penyanyi dan pelakon muda ini tidak pernah lelah mencipta nama dalam industri seni. Namanya semakin melonjak naik selepas kemunculan lagu

Pesanan Ayahanda, ciptaannya bersama komposer Ezra Kong, Mike Chan, Faizal Tahir dan Romeo.

Apakah kelainan yang kamu mahu tonjolkan sebagai anak seni?

Saya mahu jadi seorang anak seni yang versatil. Sejak berusia 16 tahun, saya sudah pun mencipta lagu sendiri dan dinobatkan sebagai lagu OST terbaik di Anugerah Drama Kuala Lumpur, 2016. Selain itu, saya juga mula berkecimpu­ng dengan dunia lakonan serta pengacaraa­n. Saya juga seorang pianist dan sudah banyak bermain untuk persembaha­n artis tempatan, antaranya Hael Husaini di Anugerah Juara Lagu untuk persembaha­n lagu Jampi.

Ramai menyamakan kamu dengan Yuna. Komen kamu?

Saya pernah bertanya kepada produser saya, AG Coco yang juga pernah menjadi produser Yuna. Katanya, saya dan Yuna adalah dua artis berbeza dan ia hanyalah stigma masyarakat. Hanya kerana muzik saya berbeza berbanding genre mainstream di Malaysia, saya dikaitkan dengan Yuna. Saya yakin kami mempunyai kehebatan serta kelainan tersendiri.

Siapakah idola dan sumber inspirasi kamu?

Tiada lain selain seniman agung Tan Sri P Ramlee. Cliche, tapi kebolehan dia serta karyanya masih segar sehingga hari ini. Walaupun jika kamu bukan daripada generasi yang sama, kamu pasti mengenali namanya serta hasil karyanya. Ia sangat klasik dan tidak ditelan dek zaman. I really hope that my work will be as evergreen as his.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.