Cuba Terapi Bekam Inframerah

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY -

Bukan suatu yang asing bila menyebut terapi bekam tapi masih ramai terbayangk­an darah kotor yang mengalir apabila gelas ditekapkan ke kulit berserta tusukan jarum kecil. Kini, terdapat alternatif lain seperti terapi inframerah yang ditawarkan oleh Spa Bekam Arrayan untuk meningkatk­an lagi kesan positif ketika melakukan bekam. Terapi ini merupakan satu tambahan kepada terapi bekam yang biasa dilakukan di mana cahaya lampu inframerah akan dibiarkan selama tujuh hingga lapan minit sebelum kamu melakukan bekam.

Apa Manfaatnya?

Selain meningkatk­an dan memperbaik­i peredaran darah, ia juga...

1) Menggalakk­an proses pengangkut­an oksigen serta nutrisi dalam badan dan meningkatk­an aktiviti sel yang membantu dalam pemulihan tisu-tisu badan.

2) Melegakan sendi dan otot. 3) Mengurangk­an rasa sakit dan tidak selesa di sekitar kawasan rawatan.

4) Memberi kesan relaks pada otot di sekitar kawasan rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.