LAGU

Hangat dan menyengat di corong radio!

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFE STYLIST -

Meluruh oleh Alyah Manjalin kerjasama dengan Helen Yap dan Slen, lagu ini telah dirakam sebelum Alyah berangkat ke Tanah Suci. Dengarnya, lirik lagu ini adalah kisah benar yang melanda dirinya. Lagu bergenre balada ini pasti akan melekat di telinga dan hati kamu.

Ratu oleh Faizal Tahir Lagu ini mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dan enam kali rentak muziknya digubah. Memilih Mika Chan dan Mage untuk bekerjasam­a, lagu ini berentak balada selepas dua tahun Faizal tidak hasilkan single dengan genre sebegini.

Berserah oleh Ismail Izzani & Zizan Razak Lagu ini membawakan mesej positif. Gabungan mantap Zizan Razak dan Ismail Izzani diharapkan mampu beri impak yang sama kepada para mendengar. Cosmo suka!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.