7 HELAH SIMPAN RAMBUT (BETUL -BETUL) PANJANG

Cosmopolitan (Malaysia) - - FRONT PAGE -

1 Harus Pakai Perapi

Setiap kali kamu syampu rambut, sila pakai perapi selepas itu, kata Mark Townsend, pendandan selebriti untuk Dove. “Pewarna rambut dan penggayaan menggunaka­n alatan panas boleh membuatkan helaian rambut menipis pada bahagian hujung jika digunakan dengan kerap,” katanya, dan itu boleh menyebabka­n rambut mudah putus. Perapi membantu menguatkan rambut dengan menggantik­an lipid dan protein pada bahagian luar rambut dan menutup kutikel. Pendek cerita ia adalah pertahanan pertama daripada pekara-perkara yang membantutk­an pertumbuha­n rambut.

2 Tapi Jangan Syampu Setiap Hari

“Agak mengejutka­n pada saya apabila ramai wanita tak pakai perapi sedangkan mereka patut elak bersyampu setiap hari,” jelas Townsend. Tujuan bersyampu adalah untuk bersihkan rambut daripada kotoran tapi kebanyakan syampu mengandung­i sulfat yang menyerap minyak semula jadi daripada rambut. Bila kamu perlu bersyampu (lepas berpeluh), pilih tanpa sulfat dan urut hanya pada kulit kepala.

3 Guna Pupur Setiap Minggu

Kalau rambut kamu paras bahu atau lebih panjang, ia sudah berusia dalam dua hingga tiga tahun (pelik kan?), bermakna ia memerlukan lebih TLC daripada apa yang ditawarkan perapi biasa. Townsend mencadangk­an kamu gunakan pupur lembapan atau perawatan minyak sekali seminggu. Lakukan ini terutamany­a bila kamu sering gayakan rambut natural (tak berdandan). Berpupur penting untuk kamu bela rambut panjang.

4 Berus Perlahanla­han

Memberus rambut dengan ganas boleh menyebabka­n kerosakan fizikal yang menghalang­nya daripada tumbuh panjang. “Ketika kamu cuba leraikan rambut kusut yang basah, pastikan kamu mula dari hujung ke pangkal, perlahan-lahan dengan lembut,” kata Townsend. Kita biasanya sikat atau berus dari atas ke hujung tetapi ia akan menyebabka­n rambut kusut makin kusut dan kamu boleh kehilangan lebih banyak rambut. Daripada kamu guna sikat yang sama kamu guna sejak zaman sekolah, cuba berus serat semula jadi atau sikat detangler yang meleraikan dan menyikat rambut dengan lembut juga sekata.

5 Tidur Atas Sutera

Bunyinya mengada, kan? Tapi wanita-wanita kaya memang amalkan ini. “Sarung bantal satin atau sutera mempunyai permukaan lebih lembut dan licin yang takkan kusutkan rambut seperti kain kapas”, kata Townsend. Boleh saja kamu cari pilihan yang lebih murah online atau pilihan OTT bila kamu ada duit.

6 Jangan Balut Rambut Dengan Tuala Biasa

Selalu lepas mandi kamu balut kepala macam turban dengan tuala. Rambut boleh tersangkut pada serat tuala dan anak rambut pada garis dahi selalunya ditarik kuat dan lebih cenderung putus atau tercabut. Sebaliknya guna kemeja-T lembut atau tuala microfiber nipis yang lebih berkesan menyerap air.

7 Ubah Gaya

Asyik-asyik ikat tocang ekor kuda sampai rambut mudah putus kerana tekanan berulang. Mengubah gaya dandanan membantu rambut lebih kuat dan tumbuh sihat. Jika kamu bleach dan mempunyai rambut halus, kamu mungkin mahu elak tocang sepenuhnya. Sekali tocang – SEKALI! – boleh membuatkan rambut bercabang betulbetul pada bahagian yang kamu ikat. Kalau nak ikat pun jangan pakai getah, pakai scrunchies yang lembut dan tak terlalu tegang. Taklah teruk sangat kerosakann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.