Janna Nick Shine Bright Like Janna Nick

Dia mungkin kel ihat an seper t i gadis manis berperwat akan boyish t api unt uk muka depan Cosmopolit­an per tamanya, p e lakon ini membawa aura tersendir i.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh: EMMA RAOF Fotografi: HOM YAU DARI STUDIO 31 Arahan Seni: ZULKIFLI SUL AIMAN Penata Gaya: SRI AZNI AZRAN

Sebaik saja pelakon jelita ini melangkah masuk di studio, ramai yang terpegun melihatnya. Okey, bunyinya agak klise tapi ini adalah kenyataan – di dalam dan di luar gambar, dia seakan sama!

Tak perlu filter, tak perlu aplikasi untuk kecilkan pinggul, perut, paha mahupun pipi. She’s just perfect in every kind of way. Penampilan­nya hari itu cukup santai, dia hanya menyarungk­an sweater, jeans serta cap, mungkin untuk menutup wajahnya yang polos (dan flawless) itu. Tanpa membuang masa dia terus melabuhkan punggung dan bersiap sedia untuk dirias. “By the way, Janna tak perlukan bedak asas. Cukup sekadar compact powder untuk merias kulitnya yang mulus,” bisik jurusolek, Bong kepada Cosmo. Ternganga mulut kami mendengarn­ya!

Janna Nick, namanya hangat diperkatak­an dalam dunia seni tanah air. Tahun 2019 memberi tuah kepadanya dengan tawaran lakonan yang tak henti-henti. Tak dinafikan bakatnya memberi kesan kepada para penonton. Ada yang gilakannya namun ada juga yang memberi komen negatif. “Setiap watak yang dibawa harus tinggalkan kesan dalam hati penonton, barulah mereka ingat nama kita. Jika netizen beri maklum balas negatif atau positif untuk sesebuah drama, bermakna lakonan saya berjaya meninggalk­an kesan dalam hati mereka,” jelasnya memulakan bicara.

Terus Kembangkan Bakat

Berniaga sudah, berlakon sudah, menyanyi sudah, mengacara sudah, menjadi duta produk sudah... Seawal usia 24 tahun, tanpa rasa takut untuk jatuh, Janna telah mencuba hampir kesemuanya. “Kalau nak dengar kritikan orang, sampai bila-bila pun akan berada di takuk lama. Kita kena ambil kritikan dan jadikan ia pembakar semangat! Tapi masih ada yang belum saya capai iaitu buka production house. Saya pun teringin nak hasilkan drama atau filem sendiri. Mungkin, JN Studio and Entertainm­ent. Catchy tak nama production house saya?” soalnya.

Sepanjang sesi fotografi berlangsun­g, Janna tak kedekut dengan senyuman dan ada ketika Cosmo terdengar dia menyanyi kecil. Tak hairanlah dia mempunyai hampir lima juta pengikut di Instagram. Walaupun disayangi ramai, Janna sama seperti selebriti lain, tidak terkecuali menerima serangan daripada haters. Adakah ini membuatkan­nya serik untuk menyanyi? “Tak pernah, malah buat saya makin mahu perbaiki mutu nyanyian. Memang ramai kata nyanyian saya

sumbang tapi mereka masih dengar lagu saya. Radio juga masih putarkanny­a. Jadi tak salah untuk saya terus menyanyi. Selagi lagu saya diputar, ia adalah rezeki dan ia menjana pendapatan. Saya terima kecaman itu untuk jadi lebih baik. Serik memang tak pernah ada dalam kamus hidup saya,” kongsi pengasas jenama Sephia ini. Janna sudah menghasilk­an beberapa single seperti Mungkin Saja, Akan Bercinta dan Aku Kamu duet bersama Alvin Chong.

Segalanya Untuk Mereka

Cosmo rasa kagum melihat bakat dan kejayaan wanita muda seperti Janna Nick. Jika terpaksa memilih antara nyanyian, perniagaan dan lakonan, apa agaknya pilihan Janna? “Sudah tentu berniaga. Waktu bersama keluarga adalah segala-galanya buat saya. Tanpa mereka, siapalah saya. Memang tak dinafikan kalau berlakon duit masuk seperti air, tapi masa jauh lebih bermakna bagi saya. Mereka adalah keutamaan, kalau boleh apa yang mereka inginkan sehabis daya akan saya tunaikan,” ujarnya. Pasti ‘sejuk perut’ ibu Janna bila tahu anaknya ini sanggup lakukan apa saja asalkan keluargany­a bahagia. Jadi bagaimana Janna bahagikan masa? “Ahad adalah hari bersama keluarga. Walaupun saya muncul di TV3 untuk mengacara Melodi, bila tamat saja live saya cepat-cepat pulang, kalau boleh nak luang masa dan makan tengah hari bersama mereka.”

Oh ya, Cosmo terdengar Janna ingin terus pulang ke rumah selepas sesi fotografi ini kerana mahu masak. Wah, sudahlah cantik, pandai memasak pula! Untung siapa yang berjaya memiliki hati Janna...saja Cosmo mengusik. “Kami sekeluarga sudah biasa menikmati hidangan sedap, jadi jarang makan di luar. Kalau hidangan di rumah tak sedap, saya akan olah menu tersebut sampai jadi sedap. Kalau makan di luar saya suka Wong Solo, antara comfort food yang sedap dengan harga berpatutan. Tapi, ibu lebih gemar saya makan masakannya,” tambahnya yang rajin berkongsi menu masakannya di Instagram Stories. “Lepas makan sedap-sedap, saya akan bakar kalori di gim. Jika pihak produksi mahu saya turunkan berat badan, intermitte­nt fasting adalah jalan terbaik. Berat badan saya mudah naik dan turun, mungkin tahap metabolism­e masih tinggi.”

Rahsia Kejayaan

Kata Janna, dia menggalas tugas sebagai ketua keluarga seawal usia 18 tahun. Jika diikutkan pada usia ini, kebanyakan gadis di luar sana sedang sibuk menyambung pelajaran di menara gading. Lain pula jalan cerita hidupnya yang sibuk di set penggambar­an. Segala penat lelahnya berbaloi apabila dapat membeli aset pertamanya iaitu rumah pada usia 21 tahun. Bukan itu saja, dia juga mendapat idea untuk mengeluark­an produknya sendiri, Sephia dengan hasil wang simpanan. “Ketika itu lip matte sedang hangat namun saya mahu produk yang tak pernah dikeluarka­n oleh selebriti lain, jadi saya pilih argan oil. Minyak ini boleh digunakan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jadi tak perlu beli produk banyak-banyak, semua kebaikan dalam satu botol. Harga pun berpatutan. Saya sendiri guna.” Ya, Cosmo percaya bila melihatkan kulitnya yang halus dan mulus itu. Naluri kami kuat mengatakan bahawa Janna bukanlah seorang yang suka bermekap tebal. “Ya betul. Sewaktu drama Cari Aku Di Syurga, saya memegang watak isteri kepada orang yang cukup daif. Jadi memang saya tak oles apa-apa pun di wajah supaya nampak semula jadi.”

Menjadi seorang yang popular dengan wajah terpampang di sana sini, apa yang Janna rindu untuk lakukan jika tak dikenali ramai? “Jalan di pusat beli-belah. Tapi sebagai selebriti tempatan, saya bersyukur kerana tak perlu pergi jauh untuk tak dikenali ramai. Cukuplah ke Thailand, terus rasa seperti orang biasa tanpa fikir status sebagai selebriti,” akhiri Janna yang mempunyai reputasi mengagumka­n dan bersih daripada sebarang kontrovers­i ini. Dia juga akan berkongsi rahsia kejayaanny­a bersama kamu di Cosmopolit­an Fun Fearless Life 2019 yang akan berlangsun­g pada 3 Ogos ini di EQ Kuala Lumpur. Berjaya seawal usia 21 tahun termasuk mempunyai aset bernilai hampir satu juta, tak sabar Cosmo nak dengar rahsianya! Jumpa kamu di sana okey?

“Waktu bersama keluarga adalah segalagala­nya buat saya. Tanpa mereka, siapalah saya. ” —JANNA NICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.