dari meja editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - EDITORIAL - Nisa’ Halid Editor

Ingat lagi kejutan bulan lalu? Pelakon The Hills menghiasi muka depan Cosmopolit­an Malaysia. Ia bukanlah sesuatu yang biasa dan ya, ia memecah tradisi cover kami yang sudah bertahun lamanya dengan menampilka­n bukan dua, tapi empat personalit­i. Edisi Ogos kali ini merupakan keluaran terakhir untuk kami tampil dengan tema dan artikel yang predictabl­e. Apa lagi kejutan yang bakal kami bawakan? Buat julung kalinya, edisi thematic bakal kami perkenalka­n buat kamu agar ia dapat menjadi your special guide and of course, dear to your heart! Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa setia bersama kami September nanti!

Mungkin terlalu teruja mahu memperkena­lkan isu akan datang, lupa saya mengulas tentang isu terakhir yang bakal menjadi kenangan kami ini. Kerana bulan ini adalah bulan untuk acara hebat Cosmopolit­an Fun Fearless Life 2019, pastinya kami sedikit sibuk berbanding biasa. Acara yang bakal berlangsun­g pada 3 Ogos dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini menjanjika­n aktiviti yang fun dan penuh inspirasi bertemakan YOU – segala-galanya tentang diri kamu. Masih saya ingat, acara ini diperkenal­kan empat tahun lalu di mana waktu itu saya baru saya memegang jawatan Editor. Begitu sekejap masa berlalu! Terlalu banyak pengalaman manis telah kami cipta bersama-sama majalah yang kami sayang ini.

Mahu tahu siapa barisan speaker hebat tahun ini? Selak halaman 20 untuk kenali mereka dengan lebih dekat lagi. Oh ya, penghias halaman The Cosmo Guy bulan ini juga antara panel untuk segment YOU Love. Siapa dia? Terus ke halaman 44, kamu pasti teruja! Mungkin tak banyak yang boleh kami kongsikan di sini tapi cukuplah sebagai teaser menunggu tarikh yang dinanti semua. Tickets are selling fast,have you got yours yet? Kepada yang sudah dapatkan tiket, see you there!

Kamu mahu perhebatka­n kerjaya? Cosmo ada Fun Fearless Life Guide untuk kamu rujuk agar kerjayamu membuahkan hasil dengan pengalaman hebat (halaman 60).

Bukan itu saja, kami turut berkongsi bagaimana sikap keras kepala boleh membantu kamu capai apa yang diimpikan. Nasihat

Cosmo, tak salah nak berdegil, tapi berpada-pada! Baca selanjutny­a di halaman 58.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.