THE VILLA, SUNWAY RESORT HOTEL & SPA, SELANGOR

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFE STYLIST -

Vila tropika yang dikeliling­i rimba di tengah keriuhan kota, tetapi langsung tidak sebingit yang disangka. The Villa di Sunway Resort terletak bersebelah­an Sunway Lagoon dan memiliki hanya 17 buah vila. Setiap unit mempunyai kolam renang mini infiniti dan ruang dalaman bilik yang luas. Ia menawarkan tiga jenis vila iaitu The Villa – unit biasa, Villa Embun dengan kebun mini dan Villa Bayu – unit terbesar dengan dua unit berkembar. Waktu malam di sini mencetuska­n suasana romantis dengan cahaya suram dan suhu yang dingin. Ia adalah lokasi terbaik untuk percutian bulan madu atau ulang tahun perkahwina­n jika kamu memilih untuk menginap di dalam bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.