Dairy QUEEN

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Bukan tak biasa dengar susu bagus untuk kecantikan – mandi susu, lulur dengan susu, pupur susu. Walaupun ada yang berkata produk tenusu tak baik untuk kulit, untuk perut (boleh buat badan gemuk!) tetapi Cleopatra dan wanita-wanita Korea tak pula fikir begitu. Dengan asid amino yang merangsang kolagen serta elastin, lipid-lipid yang melembap serta asid laktik yang membantu dalam pengelupas­an, produk kecantikan berasaskan susu seperti Kate Somerville Goat Milk Cream, RM292, 3CE White Milk Cushion, RM120, dan Burt’s Bees Almond & Milk Hand Cream, RM73 membuatkan kulit terasa lebih lembut dan lembap. Jangan kamu tuang dalam bijirin sarapan sudahlah ya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.