Renewed & Improved

Produk staple kecantikan kamu kini lebih mantap, lebih terkini dan lebih baru! Cepat habiskan botol lama kerana these newbies menantimu!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Shiseido Ultimune Power Infusing Eye Concentrat­e, RM275.

Hebatnya ia kerana dengan formula ImuGenerat­ion

Technology Shiseido yang dikuasakan oleh tumbuhtumb­uhan, ia mengekalka­n kulit sekeliling mata dalam keadaan optimum walaupun sedang tertekan. Dan kini ia diperbahar­ui dengan tambahan Smoothing

Defense Complex yang menjadi pelindung kulit mata daripada kesan geseran.

Clarins Shaping Facial Lift Curvy V Face Contouring Serum, RM335.

Cosmo pakai setiap malam agar bangun tidur wajah tak sembap dan juga pagi agar bentuk wajah kekal anjal. Yang baru ini ada rumusan

agropyron, sejenis tumbuhan yang akarnya menyokong lapisan kulit berbeza untuk menahan graviti. Ia lebih berkuasa untuk mengangkat dan membentuk wajah. Tiada lagi sembap, dagu berlapis dan kenduran.

Innisfree Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X, RM82.

Kini dengan Jeju Volcanic Cluster Sphere™ untuk dua kali kuasa serapan berbanding yang dulu. Teksturnya masih ringan dan tetap hebat mengetatka­n pori serta mengawal minyak. Ia menyingkir sel kulit mati, membersih dengan mendalam, serta memperbaik­i ton, tekstur dan bintik hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.