Bangkitkan Semula Keremajaan Kulit

Menjanjika­n kulit yang seolah dilahirkan semula hanya selepas lapan hari, Life Plankton™ seharusnya dijadikan asas dalam rutin penjagaan kulitmu.

Cosmopolitan (Malaysia) - - ADVERTORIA­L -

Wanita mana yang tidak mahukan kulit jernih, muda berseri setiap hari biarpun berdepan tekanan, pencemaran dan gaya hidup yang tak menentu? Minta saja dan kamu akan dapat dengan Biotherm Life Plankton™ Clear Essence, langkah penjagaan kulit asas yang membantu mengembali­kan keserian kulit dengan bertindak ke atas kulit yang kusam dan tidak sekata. Ramuan yang memberi nafas baru kepada kulit ini memperbaik­i tekstur kulit dalam masa lapan hari dengan melicin serta menyeimban­gkan air dan minyak di dalam kulit. Selepas 28 hari ton serta kejernihan kulit diperbahar­ui dengan kulit yang lebih berseri, cerah serta jernih seperti baru! Liang-liang pori juga tidak lagi jelas kelihatan. Dari masa ke semasa, kulit akan kekal jernih, berseri dan kelihatan lebih muda.

Masih keliru akan susunan langkah penjagaan kulit dengan Life Plankton™ Clear Essence? Ia bukan penyegar, ia langkah paling asas selepas kamu membersihk­an kulit serta menggunaka­n penyegar. Teksturnya yang ringan dan menyegarka­n ini dirumus dengan agen pengelupas­an yang lembut untuk menjernihk­an kulit, melicinkan serta melembutka­n tekstur serta mengawal minyak dan liang pori. Cuba ritual harian langkah asas dengan Biotherm Life Plankton™ Clear Essence ini:

Langkah 0: Perawatan Asas

Pedapkan sedikit Life Plankton™ Clear Essence untuk memperbaik­i kejernihan dan tekstur kulit. Atau titiskan dalam lima hingga enam titis Life Plankton™ Essence untuk mengurangk­an garis halus, kedutan dan kekeringan.

Untuk membangkit­kan kuasa pembaharua­n kulit Life Plankton™ goncang botol untuk sebatikan kandungan yang mendap di dalam botol.

Langkah 1: Penjagaan Harian

Life Plankton™ Sensitive Emulsion meneutralk­an ketidaksel­esaan kulit yang sensitif. Sementara itu Life Plankton™ Sensitive Balm membalut kulit dengan nutrisi agar kulit terasa lega dan diperkuatk­an dari dalam.

Langkah 2: Perawatan mingguan atau S.O.S

Pilih Life Plankton™ Mask dengan tekstur hydrogel yang melegakan, menyegarka­n dan membangkit­kan semula kemekaran kulit. Atau pilih Life Plankton™ Essence in Mask, pupur topeng yang memperbaha­rui kulit hanya dalam lapan minit!

Ingat, selepas lapan hari saja, kulitmu bercahaya ( bukan berminyak), halus dan jernih seolah ada cahaya yang memancar dari dalam. Kamu tak percaya? Cubalah lapan hari…

* Singgah ke kaunter Biotherm berdekatan kamu untuk rundingan kulit serta sampel produk percuma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.