Confession­s

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Biasanya saya dan suami tidur dengan pakaian selepas ‘bersama’. Tapi entah bagaimana pada satu malam, kami terlalu penat hingga terlelap tanpa seurat benang. Keesokkan paginya, adik saya masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Nasib baik saya sempat tarik selimut walaupun separuh badan saja yang berjaya ditutup. Malunya kerana terlupa kunci pintu!” – CHERYL, 28

“Bulan lalu, keluarga teman lelaki mengajak saya bercuti bersama ke Bali. Tanpa fikir panjang dan bertanya lebih lanjut, saya terus bersetuju. Dalam fikiran saya tentulah mereka mahu kunjungi tempattemp­at pelanconga­n menarik. Namun pada hari pertama, mereka sudah pun melakukan aktiviti lasak iaitu bungee jumping! Saya sebenarnya takut pada ketinggian tapi tak nak tunjuk, jadi saya tampilkan watak fearless woman (pada awalnya!). Tapi bila sampai waktu untuk terjun, saya tak dapat tahan diri dan mula menangis sambil meronta di platform seperti budak kecil. Malunya! Bukan saja keluarga si dia, pengunjung-pengunjung di situ juga turut tertawakan saya.” – AMANDA, 23

“Untuk memudahkan komunikasi antara jabatan, kami menggunaka­n Skype hampir setiap hari untuk berkongsi apa saja. Tapi selain itu, saya juga gunakan Skype untuk chat dengan teman-teman. Memandangk­an saya baru saja putus dengan kekasih, saya berkongsi segala kesedihan di group. Setelah taip panjang lebar dan tekan butang enter, baru saya sedar yang saya terhantar ke group kerja di mana pengurus saya juga ada dalam group tersebut. Ouch!” – RUHAINI, 27

“Ketika bercuti ke Phu Quoc bersama suami, kami memilih untuk makan di sebuah restoran tepi pantai. Kami menunggang motosikal dan gunakan Waze untuk ke sana namun peliknya, yang ada di situ hanyalah ladang getah. Kami redah juga kerana kempunan makanan laut segar, namun selepas setengah jam, saya mula panik dan menangis di bahu suami. Tambah malang, kami tak boleh bertanya jalan dengan penduduk tempatan kerana mereka tak faham bahasa Inggeris. Suami cuba tenangkan saya, namun saya tahu dia juga takut perkara tak diingini berlaku. Saya berkeras mahu berpatah balik dan akhirnya kami pulang dan singgah makan di kedai dalam bandar saja. Agak kecewa namun nasib baiklah hidangan yang kami pesan sedap!” – Nana, 30

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.