Buzz

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Produk Kamu Anggap Tak Penting Dalam Beg Solekan

Daripada pengarang kecantikan kepada pengasas jenama cosmeceuti­cal ternama dunia For Beloved One, bukan amatur di dalam bidang ini. Sudahlah berjaya, cantik pula…

1. Pernahkah kamu menyangka pupur

bio- cellulose yang pertama dilancarka­n dulu mencapai kejayaan seperti sekarang?

Saya tak sangka ia akan menjadi begitu berjaya. Matlamat saya adalah untuk menawarkan produk yang benar-benar efektif buat setiap wanita. Dan seperti suatu keajaiban, ia berjaya dan saya amat berbesar hati pelanggan menyukainy­a.

2. Cellulose versus Cloud- Silk?

Apabila trend Korean beauty memuncak, ia memberi kesan kepada harga pupur buat generasi muda jadi saya mula mengkaji pupur yang lebih sesuai untuk mereka serta harga yang lebih berpatutan, maka terhasilla­h For Beloved Girl Could-Silk Mask.

3. Daripada pengalaman kamu sebagai editor kecantikan hingga kini, apa yang wanita harapkan bila bercakap soal kecantikan kulit?

Saya rasa kulit wanita Asia lebih sensitif dan wanita Asia lebih risau akan kulit mereka. Tetapi sebenarnya, keadaan kulit kita tidak seteruk yang kita sangka. Tak perlu kaedah yang terlalu rumit untuk menjaga kulit.

4. Rangkaian produk apa yang kamu amalkan sekarang?

Saya tukar produk bergantung kepada keadaan kulit. Contohnya Bila saya saya lebih suka gunakan rangkaian yang melembap seperti FBO Advanced Hyaluronic Acid. Tetapi jika ke Eropah contohnya saya akan bawa sesuatu yang lebih pekat.

5. Dari mana datangnya nama For Beloved One?

For Beloved One – ia adalah sebuah ikrar yang saya akan membawakan produk yang membelai, melindungi dan baik untuk kulit semua orang. Dalam bahasa Cina, ia membawa maksud ‘demi orang yang saya sayang’.

6. Do’s and don’t’s memakai pupur?

Pastikan sebelum berpupur kulit dibersihka­n dengan betul. Selepas memakai pupur, kamu tak perlu pakai produk lain dah. It is that simple. Pupur adalah produk yang paling intensif di dalam rangkaian sesuatu produk. Kamu tak perlu tambah apa-apa lagi, ia sudah mencukupi. Tak perlu juga pakai setiap hari kerana mahukan kesan yang lebih lagi. Sekali seminggu sudah memadai.

7. Nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan kecantikan dan kekal relevan?

It is very hard to build a brand or company. Secara luaran ia kelihatan seperti sebuah perniagaan tetapi kamu sebenarnya berperang dengan diri sendiri. Matlamat dan kesabaran kita sentiasa dicabar. Jangan sesekali fikir ia adalah sesuatu yang mudah dan jangan juga terlalu naif. Kamu perlu benar-benar bersedia menghadapi segala cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.