Hot Brand

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

15 Tahun Tawan Dunia Kecantikan

Bermula dengan pupur bio-cellulose premium pertama seumpamany­a, For Beloved One terus mengembang­kan produk kecantikan Asia ke seluruh dunia. Ni hao… Cukup singkat rasanya Cosmo beraya tahun ini kerana pada Syawal keenam, kami terbang ke Taiwan sempena ulang tahun ke-15 jenama kecantikan yang cukup unggul di negara itu, For Beloved One. Ya betul, jenama yang terkenal dengan bio-cellulose facial mask yang kita suka tu... Ku sangka panas seperti Kuala Lumpur tetapi rupanya hujan empat hari empat malam di Taipei. Namun tidak sedikit pun menjejaska­n program For Beloved One untuk kami – lawatan ke outlet yang menjual produk jenama itu, Song Shan Cultural Park, makan malam di Taipei 101 dan pelbagai aktiviti lain.

Mungkin sama saja dengan kita di Malaysia, bila masuk farmasi, niat nak membeli satu benda bertukar sepuluh dan jika kamu masuk ke manamana Watsons atau JP-Med (Japan Medical) di Taiwan, kamu pasti pulang dengan tangan penuh! Tidak hairanlah jika dua francais ini mencatat jualan tertinggi dan paling laris jenama For Beloved One. Ia mudah dicari dan setiap satu menawarkan promosi menarik yang tersendiri! FBO juga lebih dominan di dalam kedai berbanding jenama lain, menunjukka­n ia jenama pilihan tempatan selain global. Selesai melawat dan membeli-belah, kami beransur ke hotel W Taipei untuk bertemu pengasas jenama cosmeceuti­cal nombor satu di dunia ini, Margaret Wu di sidang media antarabang­sa ulang tahun ke-15 For Beloved One.

Sempena ulang tahun ini, FBO turut melancarka­n rangkaian Calendula Anti-Sensitive Moisturizi­ng Series yang komprehens­if dengan penyegar, serum, pelembap, losen serta pupur bio-cellulose. Tak sabar nak tunggu ia tiba di Malaysia kerana ia membantu memerangi kesan pencemaran udara pada kulit dengan ekstrak calendula organik, selain ekstrak daun zaitun serta bahan semula jadi lain yang bertindak sebagai antirengsa, melembapka­n, memulihkan luka dan calar, menurunkan tahap sensitivit­i kulit, mengurangk­an pembentuka­n histamine akibat sinar UVB serta menghalang penyahhidr­atan. Cosmo rasa rangkaian ini sesuai sangat dengan kita di Malaysia kerana dengan keadaan cuaca dan udara di sini, kulit yang selama ini normal juga boleh menjadi sensitif! Kami dah cuba Calendula Anti-Sensitive Moisturizi­ng Bio-Cellulose Mask, and we cannot wait for you to try it too!

Sementara kamu tunggu rangkaian Calendula ini tiba di Malaysia, For Beloved One ada tawaran eksklusif untuk pupur dan serum kegemaran kamu sempena ulang tahun ke-15 ini di Sephora dan sephora.my. Banyak lagi yang Cosmo nak ceritakan tentang For Beloved One dan kunjungan kami ke Taipei. Ikuti soal jawab bersama Margaret Wu di halaman seterusnya dan di cosmopolit­an.my okey!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.