The Cosmo Guy

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi kacak ini hadir ke studio ditemani isteri yang juga pengurusny­a, hmm, bagaikan belangkas! “Saya selesa diuruskan isteri, dia lebih mengenali saya,” jelasnya yang akhirakhir ini sering membawa watak antagonis dalam drama lakonannya. Tak rindu nak jadi hero? Saja Cosmo mengusik. “Rindu juga tapi kalau pengarah percaya saya boleh bawa watak antagonis dengan baik, saya berikan yang terbaik,” katanya tersenyum.

Buah Tangan Terbaru

Ternyata, rezeki menyebelah­i jejaka kacak ini selepas mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Forteen. Walaupun hubungan Izzue dan bekas ahli kumpulanny­a baik-baik saja, Izzue tetap mahu bergerak solo. “Alhamdulil­lah, rezeki datang tanpa henti. Tak kiralah dari segi lakonan mahupun nyanyian. Terbaru, saya tampil dengan single solo keenam ciptaan sepenuhnya oleh Lian berjudul Kau – merujuk kepada kuasa netizen di media sosial. Tak dinafikan netizen mampu menaikkan dan menjatuhka­n seseorang.” Cosmo sendiri sudah tonton muzik video ini di YouTube, rata-rata komen yang diberikan positif. “Muzik video ini baru saja dilancarka­n dan telah mendapat 26 ribu tontonan. Saya menerima segala komen dengan hati terbuka,” ujarnya. Lagu ini juga turut menjadi soundtrack filem XXRAY 3 yang ditayangka­n Januari lalu.

Beri 110% Komitmen

Kamu bukan saja boleh lihat Izzue berlakon dan menyanyi, malah boleh mendengar suaranya di corong radio pada waktu pagi! Ya, kenapa perlu hadkan diri jika mampu cuba kesemuanya, betul tak? “Kini pelakon tumbuh bagaikan cendawan. Untuk kekal relevan dalam industri, saya harus berikan 110% komitmen dan tanggungja­wab dalam setiap perkara, juga sentiasa tampilkan kelainan. Bila ada kelainan, peminat akan ingat kerana ia memberi kesan dalam hati mereka. Kalau boleh saya mahu diingati kerana kejayaan dan bukan gosip semata-mata,” ujarnya lagi. “Antara momen yang tak dapat saya lupakan adalah merangkul beberapa anugerah. Namun ia tak mampu tandingi pencapaian terbesar saya bila dapat banggakan mak ayah yang tak henti-henti menyokong kerjaya seni saya, juga isteri yang melihat jatuh bangun saya selama ini. Selain itu, saya berjaya buktikan pada mereka yang jalan yang dipilih ini bukanlah sia-sia,” tambahnya yang sering berkongsi ucapan romantis kepada isteri di media sosial.

Yakin Dengan Pilihan Isteri

Ketika sesi penggambar­an ini diadakan, Izzue baru saja memotong rambut ala artis

K-Pop. “Sebenarnya, saya rabun warna. Jika memilih pakaian, isteri lebih pakar. Awin akan pastikan warna dan potonganny­a sesuai dengan tubuh saya. Gaya rambut juga mainkan peranan utama. Biasanya saya akan tukar stail rambut dua atau tiga bulan sekali. Gaya rambut ala K-Pop ni serasi tak dengan saya?” soalnya sambil tersenyum. Hmm, Cosmo rasa dia nampak lebih segak! Sebelum mengakhiri perbualan, sempat kami cungkil erti kemerdekaa­n buat Izzue. “Pada saya, merdeka bermakna bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, serta tidak bergantung harap pada yang lain. Paling utama sebenarnya adalah merdeka akal, jiwa dan sifat perkauman. Kita semua kan satu Malaysia!”

“Alhamdulil­lah, rezeki datang tanpa henti. Tak kiralah dari segi lakonan mahupun nyanyian. Terbaru, saya tampil dengan single solo keenam ciptaan sepenuhnya oleh Lian berjudul Kau – merujuk kepada kuasa netizen di media sosial.”

Hmm, ini yang dikongsika­n oleh isterinya kepada Cosmo, khas untuk tatapan kamu. Kalau memandu cepat saja mengantuk. Tapi kalau jadi penumpang, tak pula. Alergi pada makanan laut. Ekstra manja dan ‘mengada’ bila jatuh sakit. 3 Rahsia Izzue Terbongkar!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.