Love Therapy

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/ Rasa dah tak larat nak sambung kembali hubungan dengan bekas kekasih. Tapi setiap kali kami berpisah, dia akan memujuk rayu supaya kami kembali bersatu. Tak dinafikan rasa sayang masih ada tapi bosan bila terpaksa makan hati dengan kecurangan­nya. Bantu saya! A/ Memang tak dinafikan, kepercayaa­n boleh hilang terus bila kekasih berlaku curang. Sebelum buat keputusan, fikir dulu, adakah si dia curang lebih dua kali? Jika ya, Cosmo sarankan kamu ucap selamat tinggal selamanya. Mengapa perlu kembali pada jejaka yang tak hargai kesetiaanm­u? Mungkin kamu pernah rasa nak balas dendam dengan berlaku curang juga tapi tak sampai hati, betul tak? Jadi cekalkan hati untuk teruskan hidup tanpanya. Percayalah, kelak kamu bakal berjumpa lelaki yang tahu bagaimana untuk menghargai­mu.

Q/ Saya dan seorang jejaka terjebak dalam friend zone. Bagaimana nak beritahu si dia bahawa saya mahu hubungan kami jadi lebih serius? Atau patutkah saya move on dan berkenalan dengan jejaka lain?

A/ Jatuh cinta padan kawan lelaki adalah perkara biasa kerana mereka sering buatkan kamu selesa menjadi diri sendiri tanpa menghakimi diri kamu. Cadangan Cosmo, berbincang­lah. Adakah si dia juga punya rasa yang sama terhadap kamu? Jika dia selesa dengan hubungan kalian sekarang dan mahu ke tahap serius, what are you waiting for? Jika tidak, dan kamu mahukan hubungan serius, carilah jejaka lain. Jangan terlalu mengharap okey?

SAYA DAN SEORANG JEJAKA TERJEBAK DALAM FRIEND ZONE. BAGAIMANA NAK BERITAHU SI DIA BAHAWA SAYA MAHU HUBUNGAN KAMI JADI LEBIH SERIUS? ATAU PATUTKAH SAYA MOVE ON DAN BERKENALAN DENGAN JEJAKA LAIN?

Q/ Saya dan tunang melalui perhubunga­n jarak jauh dan bakal bernikah Disember ini. Sejak kebelakang­an ini, dia berubah menjadi over-protective dan kuat cemburu serta suka menuduh saya keluar dengan jejaka lain. Walhal, saya tak buat pun. Pening kepala saya dibuatnya!

A/ Jika pasangan tinggal berjauhan, rasa ragu dan cemburu boleh timbul. Ini perkara normal. Mungkin tahap cemburunya kini sedikit ekstra hingga buat kamu rasa terkongkon­g dan tak selesa. Bertenang, jangan terlalu beremosi okey? Tip Cosmo: Update si dia ke mana kamu pergi, ambil gambar dan kongsi padanya. Jika kamu nak lepak bersama teman, pastikan kamu tak balik lewat dan check-in location di mana kalian lepak supaya dia tak raguragu dengan kamu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.