Career

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Kamu Hilang Minat Di Tempat Kerja?

Menurut statistik, kebanyakan pekerja akan menempuh fasa demotivate­d apabila sudah menjangkau sesuatu tempoh. Tidak kira baru setahun dua atau lebih daripada lima tahun, amat mudah untuk seseorang hilang minat serta kegigihan di tempat kerja. Mengapa ia terjadi dan bagaimana untuk tanganinya? Cosmo ada jawapannya!

Kenal pasti kamu sekadar penat atau demotivate­d

Ini adalah dua perkara berbeza. Amat penting untuk tahu perasaan kamu tergolong dalam kategori yang mana satu. Penat kebiasaann­ya terjadi apabila kamu melakukan kerja yang berlebihan sehingga menjejaska­n waktu berehat dan bercuti. Ia juga sinonim dengan gejala burnt out apabila kamu tidak tahu bagaimana untuk menguruska­nnya dengan baik.

Hilang minat adalah sesuatu yang lebih bahaya. Sama seperti depresi, jika tidak dibendung, ia boleh membawa kepada mental exhaustion, di mana boleh membuat kamu hilang daya berfikir dengan cekap, mengganggu hasil kerja serta melemahkan tubuh serta minda untuk berfungsi dengan efisien. Salah satu cara mudah untuk kenalinya adalah apabila kamu ‘berperang’ dengan diri sendiri setiap pagi untuk pergi kerja, jasad di pejabat tapi ‘roh’ di tempat lain, sudah tidak peduli apa jua hasil kerja kamu dan sekadar menyiapkan­nya pada kadar minimum. Demotivate­d bukan sekadar bersikap malas, procrastin­ation atau mengalami mood swings di pejabat, tapi ia jauh lebih kompleks dan sering dikaitkan dengan kesihatan mental.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.