Confidence

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Go Ahead... Be Stubborn!

yang atu sesu yang atu laitu sesu yang kepa men jadi ama n keras keaz dan but boleh tdan degil terse ama sikap sikap matl izam kata a Norh a ya u puny SiapSebe narn kam Iqa Oleh tif? ama jadi i! nega terut tingg if posit

"Mungkin agak sukar untuk bayangkan bagaimana dengan bersikap degil boleh beri inspirasi kepada orang lain, tapi ia sebenarnya boleh! Melalui sikap ‘never say quit’ sehingga kamu temui penyelesai­an kepada sesuatu masalah. "

The word ‘stubborn’ has a bad reputation dan Cosmo faham alasan di sebaliknya. Walaupun ia satu sikap yang negatif, tapi ada masanya degil boleh berubah menjadi satu perkara yang baik dan berguna – malah beri inspirasi kepada orang lain.

Jika orang-orang tua dulu sering kata, “Buat baik berpada-pada,” Cosmo pula kata, “Tak salah nak berdegil.

Tapi berdegil juga berpadapad­a.” Kami kongsi bagaimana sikap degil dan keras kepala kamu itu boleh membantu kamu serta a not-so-badattitud­e.

1) Kamu lebih tegas dan decisive.

Kebiasaann­ya, orang yang degil atau keras kepala ini merupakan seorang yang tegas dan more decisive berbanding yang lain kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan serta arah yang mereka mahu tuju. Jika kamu seorang yang degil, kamu boleh rasa sedikit lega kerana ia bermaksud kamu memiliki excellent decision-making abilities dan lebih cepat untuk call the shots berbanding orang lain. Ia adalah karakter yang amat berguna terutama dalam fastchangi­ng business world.

2) Kamu seorang yang tabah dan kental.

Kamu tidak kenal erti mengalah atau berhenti terutama jika mahu selesaikan sesuatu tugas atau masalah. Sikap inilah yang akan membantu kamu tangani rintangan dan menuju kejayaan. Sikap mereka yang degil dan keras kepala membentuk daya ketahanan yang diperlukan untuk berjaya.

3) Kamu berpegang teguh pada idea sendiri.

Apabila kamu benar-benar berpegang dan percaya pada idea kamu, tidak salah untuk jadi degil dan keras kepala serta pertahanka­nnya habishabis­an. Lebih-lebih lagi jika idea kamu itu berguna dan patut didengari. Jika kamu kekalkan sikap ini, kamu boleh beri inspirasi kepada orang sekeliling bahawa tidak salah untuk berdegil dan perjuangka­n perkara yang mereka teruja.

4) Kamu tidak bertolak-ansur dengan perkara yang mengkompro­mi etika kamu.

Harap-harap kamu tidak selalu berdepan dengan situasi seperti ini tapi mungkin ada masanya kamu diminta untuk lakukan sesuatu yang kamu tidak selesa atau menjejaska­n etika dan prinsip kamu. Jika ia terjadi padamu, by all means, be stubborn and stand your ground!

5) Kamu percaya tiada yang mustahil dan tidak takut dengannya.

Jika sesuatu perkara atau situasi kelihatan seperti mustahil untuk dilakukan, menjadi seorang yang berperwata­kan degil dan keras kepala buatkan kamu tidak akan mengalah dan tidak akan berhenti sehingga kamu dapat jawapannya. So the impossible becomes achievable.

6) Kamu memberi inspirasi kepada orang di sekeliling­mu.

Mungkin agak sukar untuk bayangkan bagaimana dengan bersikap degil boleh beri inspirasi kepada orang lain, tapi ia sebenarnya boleh! Melalui sikap ‘never say quit’ sehingga kamu temui penyelesai­an kepada sesuatu masalah. Apabila mereka lihat keazaman dan dedikasi kamu serta hasil yang kamu peroleh daripadany­a, ia akan mendorong mereka untuk lakukan perkara yang lebih baik lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.