Cosmo Investigat­es

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh Iqa Norhizam

Perhebatka­n Kerjayamu Dengan Fun Fearless Life Guide Ini!

Benarkah ekonomi menjadi punca kamu hilang kerja dan menipiskan peluang untuk peroleh pekerjaan baru? Tidak kira apa situasi kamu sekarang ini, kamu masih punyai ruang untuk perhebatka­n potensi diri serta take your career to greater height!

Scary but this is the reality! Wanita seharusnya berhenti menjadi ‘mangsa ekonomi’ dan take charge.

Ubah cara kamu berfikir serta beranikan diri mencuba perkara baru. Paling utama, ubah pemikiran kamu dengan menganggap diri kamu sebagai produk dan jenama sendiri – bukan sekadar pekerja untuk majikan dan syarikat. Are you ready?

Kamu adalah produk dan jenama kamu sendiri

Walaupun kita sudah melangkah ke fasa kehidupan moden, masih ramai yang mempunyai pemikiran kolot terutama perihal dunia pekerjaan. Cosmo beri kamu satu contoh paling mudah, jika kamu bekerja keras selama bertahunta­hun dan sudah sampai ke tahap tertinggi dalam bidang kamu, adakah kamu menganggap­nya satu pencapaian? Jika ya, adakah kamu berkembang? Atau ia sekadar peralihan selesa untuk kerjaya?

Adakah kamu sedar akan maksud di sebalik kerja dan kerjaya? Biasanya, kerja sering buat kamu rasa selesa manakala kerjaya akan buat kamu rasa tidak selesa atau sentiasa berada dalam keadaan ‘tidak selamat’. Dek kerana perasaan tidak selesa dan tidak selamat itu, kamu mencabar diri dan aim untuk jawatan lebih tinggi sekali gus membuka peluang baru untuk kamu cuba kerana sudah hebat dengan pelbagai kemahiran lain. Jadi amat penting jika kamu ‘champion’ perkara paling asas dalam perkembang­an dan peralihan kerjaya kamu dengan menganggap diri sebagai satu produk dan jenama yang mahu kamu ‘jual’ di pasaran yang penuh kompetitif ini.

Upgrade mentaliti kamu

Sudah-sudahlah terperangk­ap dalam pemikiran ‘zaman dinosaur’ kamu itu! Tiba masa kamu kembangkan dan pertingkat­kan minda serta perspektif. Sedar bahawa dalam dunia serba moden dan pantas ini, kamu tidak lagi bertanding dengan sesama manusia tapi hakikatnya kamu juga bersaing dengan alternatif dunia moden lain seperti penggunaan robot dan mesin. Ia pasti akan berlaku!

Upgrade: Mentaliti serta perspektif kamu merupakan aset utama kamu. Ia adalah asas kepada produk dan jenama kamu sendiri. Jika minda kamu mundur, kebolehan serta kemahiran kamu juga akan terhad kerana kamu hanya melihatnya hanya dengan satu situasi saja – kamu tidak mampu untuk melihatnya dari pelbagai sudut dan aspek yang berbeza.

Sekadar selesa untuk makan gaji

Boleh dikatakan alasan utama mengapa kita semua bekerja adalah kerana tuntutan kehidupan. Jadi tidak hairanlah mengapa majoriti memilih pekerjaan yang selesa dan bertepatan dengan minat serta jiwa mereka. Of course, there’s nothing wrong about it. Tapi hanya pada peringkat awal kerjaya kamu saja kerana ia merupakan pemangkin semangat untuk menolak kamu kepada langkah pertama itu. Jika sepanjang kerjaya, kamu masih berasa selamat dengan pekerjaan kamu dan tidak ambil inisiatif tambahan untuk majukan diri kamu sendiri, hakikatnya kamu tidak berkembang dan hanya terperangk­ap dalam ruang yang sama walaupun jika kamu dinaikkan pangkat dan gaji. Upgrade: Jika kamu sering rasa tidak selamat dan tidak selesa dengan pekerjaanm­u, kamu mengambil inisiatif untuk perbaiki diri sendiri dengan mengasah kemahiran serta kebolehan.

Disclaimer: Tahukah kamu hospital di Malaysia juga sudah mempunyai Da Vinci Surgical System? Dan pembedahan robotik pertama di Malaysia telah pun dilakukan pada tahun 2004 oleh Hospital Kuala Lumpur.

Sebagai contoh, kamu merupakan seorang penulis dan perubahan zaman yang kini berteraska­n digital dan teknologi buatkan diri tidak selamat jika kamu masih lakukan kerja kamu sama seperti sedia kala. Jadi kamu ambil inisiatif untuk belajar perihal dunia digital dan tambah kemahiran peribadimu (jika sesuatu perubahan berlaku kepada industrimu), kamu mempunyai kemahiran yang boleh diguna pakai.

What’s your pitch?

Antara perkara yang sering terjadi di antara pekerja dan majikan adalah sering kali tiada keadilan dua hala. Sebagai contoh, setiap kali ketika temu duga, calon sering bertanyaka­n soalan seperti apakah yang syarikat tersebut boleh berikan kepadanya – dari segi pendapatan, ganjaran, bonus dan sebagainya. Tapi amat jarang sekali mereka menawarkan serta promosikan kebolehan mereka kepada syarikat tersebut. Kita sering cari pekerjaan bergantung pada apa yang syarikat tersebut boleh berikan kepada kita, tapi kita tidak pernah terfikir apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepada syarikat itu. Dek kerana inilah kamu dilihat dan dinilai sebagai ‘just another employee’. Upgrade: Antara tip berguna yang boleh kamu terapkan ketika sesi temu duga adalah mempromosi­kan diri kamu sendiri – terutamany­a bila kamu mahu melompat ke bidang yang berbeza daripada industri sebelum. Elak beri jawapan klise seperti, “Saya seorang goalorient­ed. I’m a good team player dan saya seorang yang boleh multitaski­ng.” Jawapan seperti meletakkan kamu sebaris dengan calon lain – yang mungkin qualificat­ions mereka jauh lebih hebat daripada kamu. Sebaliknya katakan, “Saya mungkin tidak begitu arif dengan industri ini tapi saya mahu cuba dan belajar untuk kembangkan diri serta kerjaya saya.” Kamu juga boleh buat tawaran seperti..., “Jika Encik berikan saya peluang, saya hanya minta Encik berikan saya tempoh tiga ke enam bulan untuk saya tingkatkan prestasi diri dan kerja. Jika selepas tempoh itu saya tidak menunjukka­n apa-apa perkembang­an, saya serahkan kepada Encik dan syarikat untuk menilai kebolehan saya.”

Networking is the king!

Kamu mahu tahu rahsia mengapa ada segelintir orang mudah mendapat pekerjaan baru walaupun dalam ekonomi meleset? Ia adalah kerana networking dan contacts yang dia miliki sepanjang perjalanan kerjayanya. Don’t get us wrong, okay! Miliki networking serta kenalan besar yang terdiri daripada orang-orang penting dalam industri tidak bererti kamu perlu bersikap ‘kaki kipas’. Ramai yang sering salah erti dengan menganggap pekerja yang friendly dan suka tambah kenalan sebagai seorang pekerja ‘kaki kipas’. Ya, amat bagus jika kamu masuk pejabat dan siapkan kerja

kamu, and mind your own business. Let your work do the talking. Tapi jika kamu tidak bergaul dengan orang dalam industri yang sama, bagaimana kamu mahu reach out kepada mereka apabila sesuatu perkara terjadi ataupun bila kamu sedang mencari peluang kerja baru?

Jadi amat penting untuk kamu bina kenalan dan networking bersama key players in the industry. Kamu perlu promosikan diri sendiri kerana tiada siapa yang akan lakukannya untukmu. Sentiasa ingat! Tidak semestinya kamu mulakan kerjaya kamu dalam industri tertentu, kamu akan akhiri karier kamu dengan industri yang sama. Life is a journey – enjoy the ride and build your own career path.

Boleh dikatakan alasan utama mengapa kita semua bekerja adalah kerana tuntutan kehidupan. Jadi tidak hairanlah mengapa majoriti memilih pekerjaan yang selesa dan bertepatan dengan minat serta jiwa mereka. Of course, there’s nothing wrong about it. Tapi hanya pada peringkat awal kerjaya kamu saja kerana ia merupakan pemangkin semangat untuk menolak kamu kepada langkah pertama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.