Tampil Glamor Sekelip Mata

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - FOTOGRAFI: ANTONIO TERRON ARAHAN SENI: DANIELA GUTIERREZ TEKS ASAL: AMELIA LARRANGA

Siapkan pembayang mata, celak dan warna-warna paling terang kamu ada untuk malam minggu yang hangat. Laurentte Ensena, jurusolek rasmi Yves Saint Laurent tunjukkan bagaimana untuk put disco in your eyes. Janji menyeronok­kan!

Ritma Grafik

Kuatkan lagi alunan muzik dengan riasan mata kaleidosko­p geometri ini. Garis tebal bawah mata dengan celak matte, gariskan atas mata tebal dengan hitam dan lebihkan sedikit hujungnya. Layangkan bulu mata dengan warna kontra; hitam di bawah, biru di atas. YSL Full Matte Eyeshadow rona 06, Eyeliner Couture Vinyl, Faux Cils Volume Effet Mascara rona Extreme Blue

New Smoke

Jika sekali-sekala kamu ingin cuba smokey gaya baru, lapiskan tiga warna seperti ini bermula daripada garis mata dengan biru gelap, pelipat mata, biru lebih cerah dan hitam sebagai lapisan warna teratas. Gariskan bawah mata dengan gabungan biru dan hitam. YSL Touche Eclat Le Teint, RM168.30, Touche Eclat High Cover Radiant, RM169, Sequin Crush The Metallics rona Beat Black Dress Givenchy (mytheresa.com) Anting-anting Danial Espinosa

You Ready To Rock?

Gariskan atas dan bawah mata dengan kohl sehampir mungkin dengan garis bulu mata dan panjangkan garisnya. “Layangkan pembayang hitam dan biru pada kelopak mata, rona violet pada bahagian atas pelipat mata” jelas Miguel Alvarez, pakar solekan Yves Saint Laurent Beauté. YSL Couture Kajal Eye Pencil, Sequin Crush The Metallics rona Galvanized Purple Dress Rotate (mytheresa.com) Anting-anting & gelang Daniel Espinosa

Glitter Effect

Tak sempurnala­h malam tanpa efek bling bling. Rias mata dengan dua sempadan warna separuh sudut dalam dan separuh sudut luar. Guna pembayang coklat pada sudut luar dan emas pada sudut dalam. Selepas layangkan maskara hitam, tambah ke atasnya maskara warna biru. YSL Sequin Crush The Glitters rona 01 & 04, Couture Blush Rouge, RM220, Vernis A Levres Pop Water, RM140.60

Hijau Metal

Ini pasti mencuri perhatian. Pilih warna hijau terang dan warnakan seluruh kelopak mata juga garis bawah mata dengannya. Gariskan garis dalam mata dengan pensel putih (bahagian bawah mata saja). YSL Shadow Sequin Crush The Metallics rona Bold Blue, Top Coat Vinyl Couture Eyelash Fixer rona 01, Tatouage Couture Lip Lacquer rona 01, RM148.50 Blazer Dolores Promises Anting-anting & rantai Aristocrac­y

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.