Body News

Mungkin ramai sudah tahu manfaat kecantikan yang boleh diperoleh daripada baking soda. Sebenarnya ia tidak terhad pada wajah, rambut dan gigi saja tapi juga bermanfaat kepada tubuh kamu. Ini antaranya...

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1) Meredakan sakit sendi Menurut kajian, soda penaik dipercayai mampu merawat gejala sakit sendi apabila lutut mula membengkak, kemerahan dan radang pada sendi. Ia bertindak sebagai bahan anti-radang bagi merangsang sel badan tidak begitu aktif. Ia amat berguna jika kamu mempunyai penyakit autoimmune seperti artritis rheumatoid.

2) Mengurangk­an kembung perut Mengambil jus lemon dengan campuran soda penaik bukan saja baik untuk sistem penghadama­n tetapi mampu mengurangk­an kembung perut. Ini kerana ia bertindak sebagai antacid yang menstabilk­an gas dalam tubuh. Tetapi berhati-hati, jangan ambil terlalu banyak. Saranan: Hanya tambah setengah sudu teh soda penaik ke dalam air lemon kamu.

3) Meningkatk­an kesihatan buah pinggang Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Diraja London, United Kingdom, kira-kira 134 pesakit buah pinggang kronik dengan tahap bikarbonat yang rendah dalam darah diberikan rawatan soda penaik dalam dos biasa dan sekumpulan lagi hanya bergantung pada rawatan biasa. Penyelidik mendapati pesakit yang mengambil minuman mengandung­i soda penaik dilihat dapat menghentik­an penurunan fungsi buah pinggang hingga dua pertiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.