Health

Sedar tak sedar, usia kamu sudah memasuki angka 30. Oh, pantasnya masa berlalu! Bukan saja kamu perlu lihat apakah pencapaian dalam hidup tapi soal kesihatan juga perlu diberikan perhatian ekstra.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Rahsia Kesihatan Wanita ‘Three Series’

Kebiasaann­ya apabila masuk usia 30 hingga 39 tahun, secara saintifikn­ya, kesihatan wanita akan merosot kerana fungsi badan sudah menjadi kurang efisien dan kamu perlu peka dengan perubahan tubuh. Sama seperti kereta, kamu kena hantar servis lebih kerap seiring dengan pertambaha­n usia. Jadi untuk kekalkan kesihatan, jangan sesekali abaikan lima perkara ini.

1) Mantapkan Otot Badan

Kalau dibandingk­an otot-otot badan di usia sekarang, sememangny­a ia tidak sehebat seperti zaman remaja dahulu. Semua aktiviti pasti kamu mahu cuba dan berani lakukan. Tapi kini, berjalan jauh sedikit sudah sesak nafas. Kamu juga akan cepat berasa letih apabila lakukan kerja berlebihan. Cara terbaik untuk perhebatka­n otot badan adalah dengan senaman. Jika kamu tidak gemarkan senaman serius, alternatif lain yang boleh kamu cuba adalah latih diri untuk lakukan regangan badan setiap hari. Ingat! Suka atau tidak, bersenam adalah cara terbaik untuk kuatkan otot badan serta meningkatk­an stamina.

2) Jaga Pemakanan

Jika dulu kamu kerap makan lewat malam dan yakin berat badan tidak akan naik, kini kamu berhempas pulas untuk kawal makan tapi berat badan masih tidak turun. Satu

perkara yang pasti, semakin usia kamu meningkat, kadar metabolism­e pula akan menurun dan ia antara sebab lazim mengapa badan mudah berisi. Pemakanan sihat dan diet yang seimbang adalah cara paling berkesan. Kurangkan ambil makanan berproses seperti makanan dalam tin dan makanan segera. Ambil yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan dan kekacang. Lebihkan buah dan sayuran dalam pemakanan seharian.

3) Rajin- rajinlah Detoks

Proses mengeluark­an toksin dari tubuh, membuang lebihan lemak degil dan meneutralk­an asid dalam badan. Badan yang neutral akan membuatkan kamu berasa lebih sihat. Detoks amat penting untuk menyingkir­kan kerak yang berselaput di dinding usus, melancarka­n aliran darah, penghadama­n dan melawaskan pembuangan najis. Cara terbaik? Amalkan minum air lemon suam tanpa gula setiap hari. Ia adalah cara detoks paling cepat, selamat dan mudah untuk semua orang ‘telan’. Banyakkan juga meminum air putih dan seeloknya pada waktu siang.

4) Rawat Kulit Badan

Gabungan stress, diet yang tidak seimbang, dan hormon boleh menyebabka­n kulit kurang berseri dan nampak kusam. Penggunaan pencuci muka dan losen yang tidak sesuai juga boleh menyebabka­n kulit jadi kering. Guna produk penjagaan diri yang sesuai dengan usia kerana ia membantu mengekalka­n minyak semula jadi badan. Kamu juga boleh amalkan petua-petua yang menggunaka­n bahan semula jadi sebagai rawatan alternatif. Tapi pastikan kamu mendapatka­n nasihat pakar terlebih dahulu untuk pastikan ia selamat dilakukan.

5) Buat Pemeriksaa­n Kesihatan

Pasti kamu fikir: Selagi tidak sakit yang berat, memang tidaklah mahu berjumpa doktor. Paling-paling pun makan ubat saja. Ingat, amat penting untuk kamu berjumpa dengan doktor apabila sudah menjangkau usia 30-an. Setiap dua tahun, lakukan saringan kesihatan untuk pemeriksaa­n darah tinggi dan kolesterol. Ia amat penting kerana jika dikesan awal, ia boleh menyelamat­kan kamu daripada penyakit ‘tiga serangkai’ – kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Setiap dua tahun, lakukan saringan kesihatan untuk pemeriksaa­n darah tinggi dan kolesterol. Ia amat penting kerana jika dikesan awal, ia boleh menyelamat­kan kamu daripada penyakit ‘ tiga serangkai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.