Horoscopes

Horoskop Kamu Ogos Ini

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

LEO 23.7 - 22.8

Sebagai wanita Leo, kamu tahu segala masalah (walaupun yang sukar) dapat diselesaik­an dengan mudah. Hari paling bertuah untuk diri kamu jatuh pada 14 Ogos. Jadi, tak salah untuk rancang birthday bash secara besar-besaran! Is it hot in here, or is it just you? (It’s you).

Tahun Kamu: Kamu tersenyum lebar bila dapat kerja baru! Gaji pun bertambah, pastinya ada duit lebih untuk menyimpan. Kamu tahu kan yang kamu seorang pemboros? Jadi, kurang-kurangkan shopping dan lebihkan menabung, okey.

CAPRICORN 22.12 - 19.1

Hubungan kamu sedang goyah, bersiap-sedia hadapi apa saja yang bakal tiba. Ada dua kemungkina­n, kalian berbaik atau hubungan ini putus di tengah jalan. Walaupun

single, kamu masih boleh berseronok dengan teman.

ARIES 21.3 - 19.4

Kamu baru keluar dari zon selesa dan keyakinan melonjak tinggi selepas 25 Julai, setinggi keyakinan Beyonce! Kekalkan tenaga sebegini sehingga 23 Ogos untuk jadi lebih kuat bekerja dan hasilkan idea baru.

VIRGO 23.8 - 22.9

Pada awal Julai, kamu masih mencari geng di pejabat baru. Jika sudah jumpa, cipta kepercayaa­n supaya lebih mudah untuk kalian berkomunik­asi. Tapi, jika berlaku sebaliknya, rasanya kamu perlu rendahkan ego dan meminta maaf.

LIBRA 23.9 - 22.10

Ogos tidak menyebelah­i, tapi kamu tempuh dengan baik sekali. Tahniah! Gunakan semangat ini untuk kerjaya, teman, hubungan cinta atau apa saja yang kamu suka lakukan. Menariknya, kamu bakal bertemu crush baru selepas 12 Ogos.

AQUARIUS 20.1 - 18.2

Makin rancak kamu keluar blind date, tapi jangan sampai mainkan perasaan jejaka. Jika betul-betul jumpa yang serasi dengan kamu, luahkan perasaan pada si dia selepas 11 Ogos. Ehem...barulah boleh ke fasa seterusnya.

TAURUS 20.4 - 21.5

Ogos adalah bulan ‘hibernasi’ untuk kamu. Bolehlah kamu lakukan aktiviti yang disukai, contohnya membaca novel sambil menghirup moktel di tepi pool. Bukan itu saja, kamu juga boleh fikir tentang pelan masa hadapan.

CANCER 21.6 - 22.7

Kamu akan terperap di pejabat selepas 3 Ogos kerana tugasan datang seperti air yang mengalir. Tapi ada baiknya! Bila tugasan banyak, duit dalam akaun bank sekali gus bertambah kerana kamu kerja lebih masa.

SCORPIO

23.10 - 21.11

Spotlight menyinari kamu sepanjang berada di pejabat. Tapi jika kamu lakukan kesilapan, alamatnya bakal dibuang kerja. Jangan pula tertekan dengan apa Cosmo katakan, kamu pandai survive jadi tak ada hal jika ditimpa masalah.

PISCES 18.2 - 19.3

Tampak seperti kamu berada di takuk lama sedangkan teman lain sedang berlumba naik dalam bidang kerjaya. Okey jangan takut, mula-mula update resume kemudian mohon kerja baru serta-merta. Selepas 19 Ogos, kemungkina­n besar akan ada panggilan kerja baru.

GEMINI 22.5 - 20.6

Amboi, seronoknya kamu asyik berparti sakan hingga lupa segala masalah dunia. Tak salah untuk bersuka ria tapi jangan lupa jaga kesihatan diri. Cuba ambil cuti untuk bersihkan diri dari toksik media sosial mahupun di alam nyata.

SAGITTARIU­S 22.11 - 12.21

Apa yang diimpikan lebih mudah tercapai sepanjang bulan ini. Waktu terbaik untuk kamu rehat seketika, jadi rancang percutian bersama si dia. Pilih destinasi untuk kembalikan sinar hubungan kalian. Bolehlah bersantai di tepi pantai bersama dia.

LEO G IRL NELYDIA SENROSE 30.7. 1994

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.