BUKU

Cosmopolitan (Malaysia) - - PLAYLIST -

More Than Words oleh Zack Shah Membentang­kan koleksi puisi di mana setiap halaman menceritak­an tentang imaginasi dan realiti cinta seseorang. Buku ini juga meluahkan keasyikan dalam perhubunga­n dan bahana cinta jika ia memakan diri. Kamu pasti dapat lebih memahami konsep perhubunga­n selepas membaca buku ni.

Boy Swallows Universe oleh Trent Dalton

Eli sebatang kara walaupun mempunyai keluarga. Ya, hidupnya cukup malang. Kini kehidupann­ya lebih serius kerana dia bakal menjalin hubungan cinta dan mahu pecah masuk penjara untuk menyelamat­kan ibunya pada malam Krismas. Boy Swallows Universe akan menjadi novel yang paling menyayat hati, gembira dan buat kamu terkesan dengan plot ceritanya.

Scary Stories To Tell In The Dark oleh Alvin Shwartz Karya daripada sketsa yang menyeramka­n ini kini dihimpunka­n dalam satu buku. Kalau berani bacalah, imaginasi bakal menghantui­mu. Cosmo sendiri belum ada keberanian untuk habiskan baca buku ini tapi jika kamu penggemar novel seram, kamu mungkin akan sukakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.