Horoskop Kamu Oktober Ini

Cosmopolitan (Malaysia) - - HOROSCOPES -

CAPRICORN 22.12 - 19.1

Semua nak lepak dengan kamu, ya Cosmo tak nafikan kamu bubbly dan mudah didekati. Yeay! Kecuali rakan sekerja kamu... Adakah teman sekeliling tak puas hati kerana kamu dinaikkan pangkat? Good thing you have your ride-or-dies close.

ARIES 21.3 - 19.4

Semua aura positif Oktober ini buat hubungan kamu ke fasa seterusnya. Ada berita tak baik, selepas 11 Oktober kamu bakal terputus hubungan tapi kemudianny­a kalian bakal berbaik kembali. Jika kamu tak kawal ‘angin’ mungkin si dia akan ucap selamat tinggal buat selamanya.

CANCER 21.6 - 22.7

Kamu dalam mood mahu bercinta, tapi tak ada jejaka berani mendekati wanita dominan seperti kamu? Jangan risau, kerana dia bakal muncul selepas 21 Oktober. Jangan terlalu ghairah, tunjukkan kamu seorang wanita yang tenang dalam semua situasi.

VIRGO 23.8 - 22.9

Kamu inginkan pembaharua­n dalam hubungan, tanpa ragu-ragu kamu DM ramai jejaka hot di Tinder (sebelum ini kamu lebih memikirkan emoji yang sesuai untuk balas mesej si dia). Kamu bijak dan tahu waktu terbaik untuk mulakan langkah pertama.

AQUARIUS 20.1 - 18.2

Alamak, bos memerhatik­an kamu. Apa saja yang keluar dari mulut, perbuatan dan segalanya adalah under heavy surveillan­ce. Tak apa, asalkan kamu tak cepat melenting dan kekalkan sikap positif,

Cosmo yakin kamu boleh survive di pejabat.

TAURUS 20.4 - 21.5

Ada berita baik: Kamu baru saja diberi kepercayaa­n menggalas tanggungja­wab besar. Berita kurang baik: Panggilan dari bank bertalu-talu kerana kamu belum langsaikan hutang kad kredit. Hati-hati, jangan sampai makan diri.

LEO 23.7 - 22.8

Kamu impikan hujung minggu yang tenang dan tak ada gangguan, tapi hal itu tak mungkin terjadi sepanjang bulan ini. Banyak tugasan masuk bertubi-tubi. Jangan mengalah dan mengeluh, buktikan pada semua yang kamu mampu lakukan!

SCORPIO

23.10 - 21.11

Jalan hidup kamu agak ‘meh’ September lalu, tapi kitaran hidup kan membulat. Sekejap kamu di bawah, ada masa kamu akan berada di atas pula. Selepas 3 Oktober, kamu bersinar bak permata. Teman pejabat kagum dengan tugasanmu.

PISCES 18.2 - 19.3

Kamu dalam mood gembira kerana tiada lagi LDR dengan si dia. Kalian boleh pelan hujung minggu dan melakukan aktiviti bersama. Apa kata berikan si dia kejutan selepas 20 Oktober. Rancang percutian dengan teman atau ambil lesen diving bersama.

GEMINI 22.5 - 20.6

Arghhhh, sudah lama tak berehat. Kamu cuma perlukan dua hari untuk tidur berkualiti, makan berkhasiat dan patut mulakan rutin bersenam untuk kekal cergas. Asingkan diri atau

deactivate akaun media sosial jika toksik menguasai.

SAGITTARIU­S 22.11 - 12.21

Oohh, hidup kamu menarik sepanjang bulan ini. Tapi, Cosmo nampak teman pejabat tak berapa selesa dengan sikap bossy kamu. Cuba kurangkan kerana takut ada ‘sketsa drama swasta’. Jika berlarutan, cuba bawa berbincang okey.

LIBRA GIRL ZARA ZYA 22. 10.1985

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.