Apa yang mahal sangat tu?

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY | NOTES -

VITAMIN C

Ini harga 12 keping sahaja dan setiap satu beratnya hanya 0.03g tetapi dalam masa 14 hari dengan derivative Vitamin C yang stabil ini kulit jadi lebih sekata, berseri dan nampak muda. Kecil saja dalam bentuk empat segi, dicampurka­n dengan tiga empat titis air dan serum kemudian disapu pada wajah bila cair. Untuk waktu malam saja dan tiga kali seminggu. Ini bukan serum on its own tetapi ia akan memperheba­tkan lagi kesan serum pada kulit. Mary Kay TimeWise® Vitamin C Activating Squares, RM99

SERUM PEPTIDE

Ia seperti mempunyai fungsi pelbagai. Menyingkir sel-sel kulit yang rosak dan menyokong kolagen serta elastin yang sihat (dua protein yang menganjalk­an dan buat kulit padat), melawan kedutan dengan 73 peratus adunan 21 peptida dan neuropepti­da serta dua protein gamma untuk memperbaik­i penampilan keanjalan, keserian, ton dan tekstur tak sekata. Ada juga HA, Vitamian A, C, E dan squalane. Peter Thomas Roth Peptide 21™ Wrinkle Resist Serum 30ml, RM470

RETINOID

Kompleks ester asid trans-retinoik (retinol) mengurangk­an penampilan liang pori dan kedutan, termasuk garis halus, tekstur yang tidak sekata, bintikbint­ik umur, kekeringan dan kekusaman. Cubalah sentuh kulit kamu keesokan paginya, memang sangat berbeza. Minyak tansy biru dan minyak pati chamomile Jerman, keduaduany­a kaya dengan azulene biru yang menenangka­n membantu redakan kemerahan. Sunday Riley Luna Sleeping Night Oil 35ml, RM435

SUNSCREEN

Dipertingk­at dari segi perlindung­an dengan penghalang bintik gelap dan kadar SPF 50+, ia menghalang dua penyebab utama photo-ageing: G untuk glycation di mana formulanya menghalang kulit daripada serat dermins hilang keanjalan dan E untuk Solar Elastosis di mana formula ini melindungi fungsi serat elastin dan menghalang kedutan muncul. Ia kalis air juga. Tidakkah kita semua perlukanny­a di zaman ini? Sisley Sunleya G.E Age Minimizing Global Sun Care SPF 50+ 50ml, RM950

PELEMBAP

Ada 30 bahan mujarab yang terdiri daripada 16 sumber penghidrat­an, lapan sumber vitamin dan mineral dan enam sumber untuk melegakan kemerahan. Teksturnya gel dan ia datang di dalam botol (bukan jar yang perlu kamu celup jari) untuk penghidrat­an yang mendalam. Bebas toksik, bahan botani dan seratus peratus bebas daripada bahan berbahaya untuk kulit. Tata Harper Hyaluronic Gel Moisturize­r 50ml, RM484

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.