LAKUKAN RAWATAN LASER

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY | BUZZ -

Mampu berbelanja lebih? Kunjungi pakar kulit untuk perawatan laser yang boleh membantu menyasar beberapa masalah kulit termasuk liang pori sekali gus. Picoplus adalah perawatan laser dari Korea yang menawarkan mode picosecond­s serta nanosecond (bergantung kepada keperluan kulit) untuk merawat pigmentasi, parut, termasukla­h liang pori dengan kesan yang lebih pantas. Mungkin wajah akan kemerahan sedikit tetapi tidak lama dan kamu boleh menutupnya dengan solekan. Sesi dalam setengah jam berharga kira-kira RM1,500 ke atas. Bolehlah buat rawatan susulan setiap satu hingga tiga bulan. Walaupun mahal, ia berkesan menjadikan kulit lebih licin, sekata, poreless dan lebih muda!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.