Christy Ng, Pereka Kasut & Tas Tangan Christy Ng

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Siapa sangka daripada hobi, kini Christy mempunyai jenama kasut dan beg tangan sendiri. Pada awalnya, Christy hanya membeli kasut dari Hatyai untuk dijual kepada teman-teman kerana ketika itu tak ada banyak pilihan. Dari situ, Christy tahu dirinya boleh pergi jauh dalam bidang ini. Dia teruskan minatnya kerana why not, ia boleh bawa keuntungan! Dari mana datangnya keyakinan diri? Sejujurnya banyak yang saya tak tahu tentang industri kasut, tas tangan atau aksesori dan prinsip saya pada awalnya adalah ‘hentam saja’. Wajib optimistik setiap masa dan letak sepenuh jiwa dalam perkara yang disukai kerana saya tak punya pengalaman dan ilmu dalam bidang ini.

Bagaimana kamu tangani masalah bila otak tiba-tiba tepu?

Selalunya kaji semula data pengguna, apa yang disukai, rekaan, warna dan sebagainya. Selain lihat perkembang­an trend fesyen seluruh dunia, team Christy Ng juga akan lihat jualan yang mendapat permintaan tertinggi. Dari situ, saya akan berkongsi pendapat dan idea bersama team saya.

Pencapaian terbaik sepanjang kerjaya?

Tak sangka apabila kolabrasi dengan Scha Alyahya untuk koleksi Scha X Christy Ng mendapat sambutan luar biasa. The best collection­s of all times in terms of the response of the customer, rata-rata komen daripada pembeli sangat positif seperti rekaan tampak mewah dengan harga yang berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.