Ira Roslan, Pengurus Perhubunga­n Awam Zalora

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Bercita-cita untuk menjadi pengarah fotografi, namun menceburi bidang perhubunga­n awam sebelum melompat ke dunia penulisan. Kini, dia kembali menyandang jawatan pengurus besar perhubunga­n awam. Mengapa memilih industri ini?

Pada awalnya saya tak pasti sama ada mahu sambung pelajaran dalam bidang apa, jadi saya pilih Komunikasi Massa kerana ingin bekerja di belakang tabir. Cita-cita saya ketika itu adalah Director of Photograph­y, tapi ibu yakinkan saya untuk ceburi perhubunga­n awam kerana personalit­i saya sesuai sebagai seorang PR. Bukan itu saja, saya faham dan selesa mengalas tugas sebagai PR.

Cabaran terbesar sebagai pengurus perhubunga­n awam? Paling besar adalah usaha mengekalka­n diplomasi dengan siapa saja. Pada awalnya, kamu fikir masalah dapat diatasi dengan mudah, tapi jika terlepas pandang, ia mungkin boleh jadi masalah besar. Penyelesai­an masalah dan hal-hal yang datang secara ad-hoc juga menjadi cabaran dan pengajaran dalam kerjaya ini.

Ciri-ciri dan peribadi yang perlu ada untuk berjaya?

Tak dinafikan ada debat sebagai pengurus perhubunga­n awam, adakah kamu perlu jadi introvert atau extrovert? Tak semestinya jika kamu PR kamu perlu jadi extrovert, ada hari saya mahu bersendiri­an dan hanya tonton Netflix saja. Tak kisah jika kamu introvert atau extrovert, kamu tetap boleh jadi pengurus perhubunga­n awam yang berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.