Raeesa Sya, Pengasas Orkid Cosmetic

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Dia tidak asing dengan dunia teknologi, bekas pengasas Lulu dan Bfab (keduanya berkaitan dengan teknologi dan kecantikan) kini melancarka­n Orkid Kosmetik. Jenama halal dan vegan ini mendapat sambutan hangat walaupun baru berusia setahun lebih. Idea menghasilk­an Orkid Cosmetic?

Sebelum ini saya dalam bidang teknologi iaitu mewujudkan dan membina aplikasi, jadi sepanjang kerjaya saya lihat permintaan terhadap produk halal sangat tinggi. Lagipun, fokus bisnes atas talian perlukan dana yang banyak jadi saya rasa lebih baik cuba bisnes cara tradisiona­l seperti eksport dan import.

Mengapa memilih industri kosmetik dan kecantikan? Perasaan ingin tahu dan belajar sesuatu yang baru setiap hari menebal dalam diri. Saya pula tak ada ilmu dalam bidang pembuatan produk tapi saya sukakan cabaran. Jika bisnes ini tak menjadi, saya masih punya bisnes lain yang boleh diuruskan. Take it as a challenge!

How you see yourself in this industry 10 years from now?

A strong player in the halal cosmetic line dan cipta produk bagus, halal dan berkualiti tinggi. Saya juga mahu memberi inspirasi pada semua wanita di luar sana untuk terus capai kejayaan dalam apa jua bidang mereka ceburi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.