Cosmo Investigat­es The Waiting Game: Tabiat Wanita Millenia Ketika Membeli Secara Online

No…let’s wait! I am pretty sure they will be on discount soon!” atau “Cuba you bandingkan dengan laman web B, mesti yang tu lagi murah, kan?” Kamu biasa dengar perbualan sebegini? Atau kamu salah seorang daripada mereka?

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Kuasa membeli kini di tangan wanita millenia. Who are they? Jika kamu lahir antara tahun 1982 hingga 1996, yes, we are talking to you. You are the new financial powerhouse generation. Penting untuk peniaga tahu apa yang kamu mahukan. Majoriti wanita millenia menghabisk­an masa dengan melayari laman portal untuk membelibel­ah. Anehnya, mereka mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan bayaran... sehinggaka­n penuh senarai dalam cart. Kenapa agaknya?

Well, kita sedang bercakap tentang generasi millenia: Mereka tidak mudah membuat keputusan, suka melakukan perbanding­an, pastinya menantikan diskaun yang banyak dan mengambil masa yang lama untuk membuat pembelian. Bukan itu saja, dek kerana terlalu bergantung kepada media sosial, mereka juga lebih peka dengan pelbagai tawaran. Mana tidaknya, kini ada terlalu banyak aplikasi tentang jualan murah, tawaran hebat dan sebagainya. You name it! Yang menjadi persoalan, apa penyebab kepada sikap ini? Cosmo rungkaikan...

1. Sikap ‘Wait Until Later’

Shopper yang mempunyai sikap begini akan mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk membeli. Mereka akan ‘add to cart’ semua barang yang disukai dan biarkannya sehingga berhari, berminggu malah berbulan lamanya! Lebih teruk lagi bila mereka terlupa langsung tentang barangan tersebut. Mereka suka cuci mata dengan melihat pakaian atau aksesori yang cantik, mungkin ia bukanlah satu keperluan, it’s not something that they need at the moment tetapi lebih kepada kepuasan hati. Beli atau tidak, itu belakang kira, janji barangan yang disukai sudah diasingkan dan diletakkan di dalam cart. Siapa tahu, akan ada diskaun kelak? Masa itulah mereka akan membuat keputusan dan tanpa raguragu terus tekan butang klik untuk membayar.

*Jika kamu peniaga... Pasti kamu nak produk jualan kamu masuk dalam cart pembeli, kan? Jadi kamu harus sentiasa tampil dengan idea segar dan terkini antaranya berkolabor­asi dengan jenama lain, diskaun hebat dan mungkin perkhidmat­an penghantar­an secara percuma. “Sebagai peniaga online, kita harus peka dengan trend dan

what’s hot and new in town, ia mungkin sekadar nota terima kasih kepada pembeli mahupun diskaun. Perkara kecil sebegini boleh beri impak kepada pembeli. They feel valued and appreciate­d.” – Syafika Hassan, pengasas Shopwithsa­lma

2. Pertimbang­kan Harga Produk

Perbanding­an harga sudah semestinya ada dalam checklist mereka. Oh well, the cheaper the better. Bayangkan...mereka sanggup menunggu berjam-jam di depan laptop mahupun telefon bimbit semata-mata kerana tidak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun dengan harga runtuh! Mungkin pengalaman dan kepuasan membeli barang tersebut pada harga jauh lebih murah adalah sesuatu yang priceless. Menurut hasil kaji selidik di dalam artikel Small Business

Trends, hampir 89 peratus wanita millenia gemar membeli-belah ketika jualan murah. Bukan itu saja, mereka juga akan melakukan perbanding­an dari segi stail, warna, jenis kain sebelum membuat keputusan untuk membeli. Talk about attention to details!

*Jika kamu peniaga... Susun strategi pemasaran dengan bijak untuk menangkap ‘perhatian’ wanita millenia. Perbanyakk­an jualan murah dan pastikan produk dijual hanya yang berkualiti. “Wanita millenia kini bijak ketika memilih online purchase dan mereka mahukan sesuatu yang mempunyai added value to the purchase, comtohnya jenis fabrik, potongan dan ia haruslah bersesuaia­n dengan harga.” – Jaja Anuar, fashion buyer, FashionVal­et

3. Maklum Balas Daripada Orang Sekeliling

Komen daripada ahli keluarga dan teman-teman turut menjadi punca kenapa mereka lambat membuat keputusan. Ramai yang

sanggup tunggu lama semata-mata mahukan ‘yes daripada BFF dan mengambil kira pendapat keluarga sebelum membuat sebarang pembelian. Dalam erti kata lain, pendapat orang yang rapat dengan mereka amatlah penting. It’s so crucial to them that they are willing to wait! Solo is definitely a no- go! Hebatkan penangan pendapat keluarga dan BFF?

*Jika kamu peniaga... Kamu harus sentiasa memberikan khidmat nasihat or bertindak sebagai personal shopper. Ya, mereka gemar diberi perhatian kerana mereka rasa istimewa. Jadi, maklum balas amatlah penting bagi mereka. “User experience amat penting bagi saya. Semestinya saya inginkan sesuatu yang mudah dan tak perlu gunakan masa yang banyak. Jadi, attention to details dalam laman web, portal, Facebook mahupun Instagram amat penting bagi memudahkan pembelian saya.” – Amanda Lee, 29

4. Laman Portal Tidak User-Friendly

Mengikut tinjauan Agensi Shikatani Lacroix, millennial­s are very much experienti­al driven. Sebanyak 48 peratus setia kepada jenama yang memberikan pengalaman menarik dan mudah manakala 42 peratus gemar sekiranya mereka diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada jenama itu. Pendek kata, user experience amat penting dalam kamus membelibel­ah wanita millenia. Sekiranya portal atau sistem agak sukar dilayari, pasti ramai pembeli millenia akan ‘angkat kaki’. Mereka gemarkan sesuatu yang mudah, tidak memeningka­n kepala dan paling penting, efisien.

*Jika kamu peniaga... Tingkatkan user experience dan pelbagaika­n pakej menarik agar pembeli rasa rugi jika tak membeli dengan kamu.

Millennial­s are very much experienti­al driven. Sebanyak 48 peratus setia kepada jenama yang memberikan pengalaman menarik dan mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.