Confession­s

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Saya diberi cuti sakit selama tiga hari kerana cirit-birit. Dek kerana terlalu lama sangat bercuti, anxiety pun datang memikirkan tugasan yang tak siap. Keesokan paginya, saya bersiap seperti biasa dan keluar rumah selepas Subuh. Sebaik tiba di pejabat, saya buat segala kerja hinggalah jam menunjukka­n jam 9.30 pagi. Pelik, kenapa tak ada orang? Rasa ingin tahu menebal jadi saya bertanya kepada pengawal di lobi. ‘Hari ini kan cuti umum. Kenapa adik datang?’. Bergegas saya naik ke pejabat, ambil beg dan terus pulang.” – Fateen, 27

“Akibat terbangun lambat, tanpa fikir panjang saya menahan mana-mana motor yang saya nampak di sekitar kolej. Sebaik tiba, saya beri wang kepada pelajar lelaki tadi kerana menumpangk­an saya. Kelam-kabut dibuatnya hingga terlupa pulangkan topi keledar miliknya. ‘Kak, helmet pun nak ke?’, teriak lelaki itu. Alamak, merah padam muka saya menahan malu.” – ARYANA, 20

“Setiap kali kemas baju untuk ke gim, saya akan ambil seluar dalam terlebih dahulu sebelum fikir tentang pakaian yang

ingin dipakai. Hinggalah satu hari, saya teruja untuk menggayaka­n baju baru hingga terlupa ambil seluar dalam dan hanya tersedar ketika dalam perjalanan ke sana. Nasib baik teringat! Terpaksala­h singgah di farmasi beli disposable panties...” – YULI, 26

Pengakuan Selebriti : “Ketika di sekolah rendah, saya pernah jatuh hati dengan seorang budak lelaki. Kami kemudianny­a menjadi rapat. Satu hari ketika sedang duduk berdua, dia bertanya, ‘Can I kiss you?’. Saya tersenyum simpul sambil mengangguk. Namun tiba-tiba saya rasa nak muntah lalu berlari ke tandas meninggalk­annya. Bukan sebab geli, tapi saya benar-benar sakit ketika itu. Sorry! ” – MEGHAN TRAINOR, PENYANYI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.