Notes

Buka akaun simpanan beli-produkkeca­ntikan-mahal okey!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Ada Kalanya Produk Mahal Benar-Benar Berbaloi

Lifting Serum

Bukan sekadar nama tetapi kepakaran serta teknologi yang membolehka­n hanya bahan yang unggul daripada tumbuhan diekstrak untuk kesan paling mujarab dan berkuasa untuk membentuk Black Peppermint PFA Complex, kompleks yang menyasar kesemua mekanisme pengoksida­an di dalam kulit dan membekalka­n tenaga kepada sel-sel kulit. Menurut kajian, serum ini memberi efek kulit tegang dengan sekali penggunaan selama 24 jam. Bayangkan kalau guna dua bulan! Chanel Le Lift Serum 30ml, RM607

Bagaimana Nak Tahu Apa Kamu Patut Beli?

Ikut enam petua ini dan kamu akan berjaya.

- Petua 1

Pilih pembungkus­an yang bagus Sesetengah bahan (seperti antioksida­n) mudah terlerai apabila terdedah pada cahaya dan air, jelas Dr Levin. Jadi bazir sajalah duit yang kamu laburkan kerana bila itu terjadi, keberkesan­an produk juga musnah. “Pilih formula yang botolnya legap dan kedap udara, jenis pam bukan yang memerlukan kamu colek dengan jari, untuk memastikan ia kekal mujarab untuk jangka masa lama,” katanya.

- Petua 2

Melabur ke atas produk yang bertahan pada kulit

Apa gunanya beli pembersih atau pupur pakai bilas yang mahal jika ia tak lama pada kulitmu? “Kesannya hanya beberapa minit dan tidak akan memberikan hasil seperti produk yang kamu pakai tanpa perlu bilas atau menanggalk­annya,” jelas pakar kulit Shari Marchbein, MD. Kalau nak beli mahal, beli produk yang akan ‘duduk’ atau ‘masuk’ ke dalam kulit seperti pelembap dan serum.

- Petua 3

Elak beli kerana trend Selalunya kerana bungkusan yang menarik dan comel, keberkesan­annya entah apaapa. Tak semestinya yang asyik muncul di Insta-feed kamu itu adalah yang terbaik. Jika kamu nak beli sesuatu yang mahal, pastikan ia telah melalui ‘panas dan hujan, ribut dan taufan’… tetapi masih kekal relevan (seperti lagu Francissca Peter yang evergreen itu).

- Petua 4

Minta nasihat doktor kulit Itulah antara tugas dan kepakaran mereka – memberi nasihat tentang penjagaan dan produk yang sesuai kulitmu. Mereka tahu produk mana yang bagus dan yang mana ‘berangan’. Tanya apa yang mereka sendiri gunakan atau jika kandungan bahan tertentu dalam sesuatu produk itu sebenarnya cukup dan berkesan seperti yang dijanjikan.

- Petua 5

Kaji data yang sebenar.

Cari statistik, keputusan ujian dan penyelidik­an yang telah dijalankan, jelas Anne Chapas MD, pakar kulit. Berapa ramai pengguna yang melihat perubahan baik pada kulit mereka? Berapa lama mereka gunakan? Data sebeginila­h yang dilihat oleh pakar kulit untuk mengetahui jika produk itu berkesan atau tidak. Dan produk yang bagus harus ada data tersebut. Jika tidak move on to the next product.

- Petua 6

Beli selepas mencuba Di Malaysia, sukarlah nak dapat

‘money back guaranteed’ untuk produk penjagaan kulit. Semuanya jenis ‘once opened

considered sold’. Jadi jika ada sesuatu produk yang menarik perhatian kamu, minta sampel untuk kamu cuba dahulu, yang cukup untuk kamu cuba dalam seminggu. Jika sesuai, kamu boleh kembali ke kedai dan beli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.