Hunk of The Month

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Muhamad Safwan Yahya

Tak dapat dinafikan, memang

shopping dan wanita tak dapat dipisahkan (ehem, lelaki juga tak terkecuali!) Tetapi apabila kamu sudah melebih-lebih, selalunya lelaki akan mula...

BERI ALASAN

Bercinta dengan shopaholic bermaksud pasangan kena kuat dari segi mental! Jadi, bila kamu mengajak teman lelaki keluar membeli-belah, si dia selalunya bertegas dan katakan ia adalah satu pembaziran. Hmm...si dia mungkin juga akan mula mengelat dan mengatakan poketnya dah ‘kering’!

ELAK KE PUSAT BELI-BELAH

Si dia akan cuba elak bawa kamu ke tempat-tempat yang berpotensi besar untuk kamu habiskan duit, lebih-lebih lagi bila ada jualan murah atau ke outlet barangan mewah dengan harga runtuh.

MENGUGUT UNTUK TINGGALKAN KAMU

Ini adalah salah satu cara terakhir apabila sifat boros kamu makin tak boleh dibendung. Walaupun cara ini agak kasar kerana melibatkan emosi tapi ia boleh berhasil kalau kamu benarbenar sayangkan pasanganmu, so you won’t go against his wishes, right?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.