Manthropol­ogy

Petanda Si Dia Ada Hati Terhadapmu

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

59% LELAKI PERCAYA CINTA PANDANG PERTAMA DAN 41% BERKATA IA BERLAKU KEPADA MEREKA SEKURANGKU­RANGNYA SEKALI. SUMBER: COSMOPOLIT­AN MALAYSIA

Tak semua lelaki berani luahkan apa yang terbuku di hati. Cosmo senaraikan tanda-tanda yang menunjukka­n si dia ada menyimpan perasaan terhadapmu dalam diam.

CURI- CURI PANDANG

Kalian mungkin sudah lama berkenalan atau bekerja dalam bangunan yang sama. Dia takut nak luahkan, jadi hanya mampu lihat kamu dari jauh dan berharap kamu juga perasan kehadirann­ya.

GURAU KASAR

Kalian sudah lama berkenalan, tapi kamu pelik akhir-akhir ini dia bergurau kasar pula. Bagi jejaka, ini antara cara untuk dekatkan diri dengan kamu.

SANGGUP TOLONG APA SAJA

Tak kira siang atau malam, pertolonga­n mudah atau sukar, si dia pasti muncul dan mahu tunjuk hero. Kadangkala bila teman minta tolong pun dia tak mahu bantu, tapi bila kamu perlukan pertolonga­n, dia sentiasa available.

MENAFIKAN SEKERASNYA

Bila kena sakat dengan teman, si dia akan control macho dan menafikan sekerasnya. Faktornya? Tak mahu patah hati jika kamu tolak cintanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.