LOVE THERAPY

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Tiga bulan lalu saya putus cinta dengan kekasih kerana dia sudah ada yang lain. Kami sudah bersama selama tiga tahun dan kerana penghujung­nya ikatan. Lebih parah, saya tak kuat semangat dan mula depress.

Ada juga terniat untuk bunuh diri dan akhirnya menyesal. Apa perlu saya buat?”

Q/ Saya dan suami berpindah ke rumah baru selepas enam bulan menumpang di rumah mentua. Memang seronok kerana banyak perkara baru yang dipelajari bersama, dan kami juga lebih mengenali perangai masing-masing. Masalahnya, mentua mahu berjumpa anaknya tiap-tiap minggu. Rasa rimas pula kerana aktiviti pada hujung minggu jadi tersekat. Help!

A/ Sebaiknya, bincang bersama suami dan buat jadual supaya kalian tak kerap pulang ke rumah mentua. Jika minggu lepas sudah melawat, minggu ini kalian boleh buat aktiviti berdua. Terangkan pada si dia kamu faham tanggungja­wabnya pada ibu bapa cuma kamu mahu luang masa berkualiti bersamanya pada hujung minggu memandangk­an kalian sibuk pada hari bekerja. Jangan lupa pula tanggungja­wab kamu pada ibu bapa untuk melawat mereka juga. Barulah adil dan saksama.

Q/ Tiga bulan lalu saya putus cinta dengan kekasih kerana dia sudah ada yang lain. Kami sudah bersama selama tiga tahun dan rasa sia-sia kerana penghujung­nya tiada apa-apa ikatan. Lebih parah, saya tak kuat semangat dan mula depress. Ada juga terniat untuk bunuh diri dan akhirnya menyesal. Apa perlu saya buat? A/ Ingat, kumbang bukan seekor dan harga diri serta maruah kamu jauh lebih berharga. Putus cinta bukan pengakhira­n hidup ya. Kamu perlu ganti kesedihan dengan melakukan hal berfaedah. Percayalah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang lebih baik akan menggantik­an bekas kekasihmu. Dia pasti akan membahagia­kan kamu. Berjumpala­h dengan pakar psikiatri jika kesedihan kamu berterusan selepas lima bulan atau cari teman terdekat yang mampu beri semangat tanpa mengenal erti lelah. Bangun, teruskan hidup dan buktikan pada semua yang kamu boleh survive tanpa lelaki.

Q/ Saya teruna berusia 30-an dan masih mencari teman hidup. Saya ada menaruh perasaan pada seorang wanita dan tak pernah beritahuny­a sebelum ini. Dia ada beri hint yang dirinya kini single. Adakah saya perlu membuka langkah untuk mendapatka­n cintanya? A/ Kadangkala disebabkan ego, kamu malu untuk nyatakan perasaan. Tapi, lagi malang jika kamu tak luahkan apa yang terbuku di hati. Memilih pasangan hidup bukanlah satu pertanding­an, jadi Cosmo sarankan kamu ambil masa untuk kenali hati budinya terlebih dahulu. Mungkin pada awalnya kamu suka tapi selepas enam bulan, mungkin akan mula rasa tak serasi. Walaupun rasa suka menebal, sentiasala­h bersederha­na dalam semua hal seperti perbuatan, percakapan dan banyak lagi supaya kalian rasa selesa bila bersama. Bukan itu saja, jika kamu mahu mendekati wanita tersebut, pastikan kamu terima dia seadanya. Cosmo percaya kalian tak boleh berubah 360 darjah dalam masa sebulan. Perlahan-lahan terima kekurangan­nya okey. Good luck!

“Tiga bulan lalu saya putus cinta dengan kekasih kerana dia sudah ada yang lain. Kami sudah bersama selama sia kerana penghujung­nya Lebih parah, saya tak kuat semangat dan mula

depress. Ada juga terniat untuk bunuh diri dan akhirnya menyesal. Apa perlu saya buat?” Kamu ada kemusykila­n tentang pasangan dan perhubunga­n cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.