SWEET QISMINA

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

22, PELAKON Kecil molek orangnya, namun mempunyai latar belakang 12 tahun dalam bidang lakonan. Memenangi anugerah Artis Baru Popular 2018 di ABPBH tahun lalu membuktika­n she is a force to be reckoned with.

Apa yang membezakan kamu yang lama dan sekarang?

Saya bermula dalam industri ini ketika masih hijau lagi, dan kini saya menginjak umur 20-an saya berasakan lebih matang dan fokus untuk membina karier.

Apakah watak lakonan yang kamu impikan?

Saya teringin nak cuba watak psycho dan fighter! Saya nampak saja lemah lembut, tapi dalaman kuat tau!

Apakah kelainan yang kamu mahu tonjolkan sebagai anak seni?

Saya mahu menjadi seseorang pelakon versatil yang berani mencuba pelbagai watak berlainan.

Kamu sukakan jenis percutian yang bagaimana?

Saya sebenarnya sangat sukakan pantai dan berjemur! Jadi jika diberi pilihan untuk bercuti, saya pastinya memilih pulau. Maldives, maybe?

Berapa kerap dalam setahun kamu pergi bercuti?

Terpulang kepada jadual lakonan dan kelas saya, tapi kalau dapat setahun sekali pun jadilah.

Senaraikan tiga item yang wajib bawa apabila bercuti. Handphone Powerbank

Fanny pack

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.