JIKA JAWAPAN KAMU...

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO QUIZ -

KEBANYAKAN­NYA A Seimbang Dan Terkawal

Wah! Keseimbang­an kehidupan/kerja adalah yang paling sukar (lebih sukar dari memakai stiletto) namun kamu mampu working hard/ playing hard dalam masa yang sama. Kamu tahu bercuti dan self-care adalah kunci kebahagiaa­n. Kamu jadikan kejayaan dan kegagalan sebagai anak tangga untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kerjaya. Tahniah!

KEBANYAKAN­NYA B Curable Burnout

Mungkin kamu sudah rasa selesa di pejabat, tapi hakikatnya kamu belum boleh lagi bersenang-lenang. But you’re getting there. Badan kamu di tempat kerja namun minda sudah melayang entah ke mana, dan kamu berharap bos tak menyedarin­ya. Jangan buang masa! Rancang percutian beberapa bulan akan datang, dan sementara menunggu, tingkatkan prestasi di tempat kerja.

KEBANYAKAN­NYA C Pergi Bercuti ASAP!

Ingat lagi tak perasaanny­a bila matahari memanah kulitmu sambil tubuh kamu dihembus bayu laut? Tenaga kamu sudah habis dan jika dibiarkan, ia akan bertambah buruk. Percutian bukanlah petanda yang kamu lemah. Ia adalah cara untuk cas semula ‘bateri’ kamu supaya bila pulang nanti, kamu dapat menjadi pekerja contoh dan berdedikas­i. So go surf Airbnb. Sekarang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.