Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO QUIZ -

1Ketika sesi mesyuarat, kamu biasanya akan: __ A.

Mencadangk­an cara memperkasa­kan syarikat.

__ B. Bersikap pasif dan membiarkan rakan sekerja (yang lantang dan bersemanga­t) menguasai perbincang­an.

__ C. Periksa Apple Watch kamu dan belek gambar percutian pantai bekas kekasih.

2Bila bercakap tentang hari Isnin, kamu terfikir:

__ A. Betapa kamu tak sabar nak mulakan tugasan di pejabat.

__ B. Minggu lepas dah bagi alasan demam. Minggu ni nak cakap cirit-biritlah!

__ C. Kenapa Isnin muncul terlalu cepat?

3 Bila kamu ditegur bos, biasanya ia tentang:

__ A. “Ooh, kamu nampak lain hari ni... Selamat bekerja!”

__ B. “Kamu diam saja dari tadi. Ada apa-apa nak tambah?”

__ C. “Saya risau. Saya dah set perjumpaan kamu dengan Sumber Manusia esok.”

4Kali terakhir kamu ambil cuti untuk pergi melancong, siapakah Perdana Menteri waktu itu?

__ A. Tun Mahathir. __ B. Salah seorang ahli keluarga Abdul Razak. Tak ingat mana satu.

__ C. Kamu yakin Malaysia baru saja merdeka waktu itu.

5Sekerap mana kamu Gchat di tempat kerja?

__ A. Ketika waktu rehat, kamu akan chat dengan temanteman.

__ B. Kadangkala saja kamu ping rakan sekerja untuk sesi gosip.

__ C. … Why? You go first.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.