Aloft Langkawi Pantai Tengah Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang Harga: Bermula RM450/ satu malam

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIS­T TRAVEL -

Moden, selesa dan super trendy! Melangkah masuk ke hotel ini seolah-olah berada di masa depan. Terletak di pantai barat Langkawi, ia mengambil masa beberapa minit saja untuk ke Pantai Cenang. Memiliki 208 buah bilik jenis loft dan suite, Aloft Langkawi menampilka­n rekaan dengan warna-warna terang dan balkoni yang luas, dengan pemandanga­n lautan Andaman.

Cosmo sukakan suasananya yang dikeliling­i hutan tropika, malah kamu boleh melihat keindahan matahari terbit dan terbenam. Bukan saja berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong, Aloft juga menawarkan perkhidmat­an serta menu makanan yang sangat memuaskan. Jika hanya mahu bersantai di hotel, kamu boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti infinity pool, gimnasium, bar, serta aktiviti hotel yang friendly-kids antaranya kelas seni, melukis batik, kelas masakan, aqua zumba, board games dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.