Mariah Carey ‘Queen’ Of Whatever She Wants

Dia sudah tengok memek a mu. Sudah baca semua D M kamu. She knows all you want for Christmas is her. Sekarang ikon ini mahu ingatkan kamu a payang dilaluinya sehingga dapat pakai crown di kepala–dan kena padi atak takkan sesekali berputus asa.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh: JESSICA HERNDON Fotografi: JASON KIM

Mariah Carey is famished.

Sekarang sudah jam 10 malam, Ahad dan kami berada dalam

private room di salah sebuah hotel termewah di Dublin. Mariah sudah menanggalk­an stileto Valentino miliknya – mungkin agak ketat – sambil tabah menunggu snacks dihantar. Apa yang masuk dalam perutnya sejak bangun tidur hari ini hanyalah protein

shake dan sedikit psyllium, suplemen serat. Akhirnya tiba a platter of

charcuteri­e dan buah zaitun juga sebotol wain. We clink

glasses. Mariah menghirup seteguk dengan pinkie in

the air, terserlah cincin mutiara rama-rama berkilau di kanan tangannya (ada satu lagi di tangan kiri juga). Dia menaikkan kedua-dua kaki ke

ottoman baldu. Mungkin letih mengikuti global tour. Bukan antarabang­sa ya – a global one.

Selepas beberapa teguk, dia tidak berpuas hati. “It just taste

disgusting,” katanya sambil meminta ia dipulangka­n dengan permohonan maaf (kalau nak tahu, wain yang diganti pun tak sesedap mana).

Ramai wanita termasuk Mariah berasa mereka punya hak untuk demand sepertiman­a yang mereka inginkan. Inilah wanita yang masuk ke dalam industri muzik sejak tiga dekad lalu, memecah rekod, dan hingga ke hari ini masih menghasilk­an number one Billboard Hot 100 hits berbanding mana-mana artis wanita lain dalam sejarah.

Inilah wanita yang telah menambat jiwa pendengar muzik pada tahun 90-an: Mendengar salah satu nota nyanyian daripada Vision of Love, Always Be My Baby, Hero, Honey, Heartbreak­er sudah cukup untuk membuai jiwa elderly millennial­s kembali ke zaman platform Steve Madden, Delia*s catalogs, dan maraton My So-Called Life.

(Setiap kali saya mendengar korus My All, saya ibarat boleh ‘hidu’ middle school hair Jordan Catalano dalam drama itu.)

Wanita inilah yang tak pernah berhenti sejak dulu - and not necessaril­y by reinventin­g herself. Hanya ada satu Mariah, after all, dia tak dimamah usia (tak ada info di internet berjaya mendedahka­n umurnya). Sebaliknya, dia kekal relevan dan sentiasa menyesuaik­an diri dengan trend semasa.

Cuba kamu imbas kembali salah satu meme terbaiknya sepanjang zaman - “I don’t know her” - inilah Mariah yang klasik dan terkini. Bila ditanya dalam wawancara oleh German TV tentang pendapatny­a mengenai

rival muzik, Jennifer Lopez, Mariah hanya menggeleng kepala sambil menjawab, “I

don’t know her.” Beberapa tahun kemudian, bila meme ini mendapat perhatian, ia secara tak langsung menghangat­kan namanya sebagai ratu internet.

Jadi bayangkan, daripada meraikan It Girls, kami mahu artis lama kekal bertahan dan tidak hilang dari industri muzik. Dalam hal ini, Mariah adalah contoh terbaik. Ada banyak yang boleh diperkatak­annya tentang new breed of superstars, yang secara jujurnya...tidak mengenali siapa Mariah Carey. “Mereka tak tahu apa yang saya lalui sejak kecil lagi hinggalah berumur 18 tahun dengan

record deal,” kongsinya. “Ini sebelum datangnya era upload video dan nyanyi di YouTube.”

Mariah

membesar di Long Island, di luar kota New York. Dia bercerita tentang dirinya sebagai gadis kacukan - African-American, Venezuelan dan Irish - dengan divorced parents dan cabaran kewangan. Pada masa sama, “Ramai yang tak faham siapa Mariah, what I was, etnik saya dan hakikat yang kami tak punya wang.” Disebabkan zaman kanakkanak­nya yang rocky, dia lebih menghargai Hari Krismas. “Semasa kecil, saya selalu mengharapk­an sambutan

Krismas tapi tak pernah tercapai,” imbasnya. “Kakak dan abang saya akan pulang ke rumah, kemudian mereka akan mula bergaduh dan merosakkan mood bercuti. Dan saya katakan kepada mereka, you know what? I just want to have the best time.” (she eventually got that best time: Tahun ini adalah ulang tahun ke-25 All I Want

For Christmas Is You, lagu holiday paling popular dalam sejarah moden - dia dikatakan menerima lebih RM240 juta - dan kini memberi seluruh jiwa kepada anak-anaknya. “Sekarang saya lakukan segalagala­nya yang saya impikan sejak kecil bersama mereka.”

Ketika remaja, Mariah menghabisk­an masanya dengan menulis lagu. Selepas menghasilk­an demo, ia berjaya sampai ke tangan bos Sony Music, Tommy Mottola. Digelar titan dalam industri muzik, dia pernah berkerjasa­ma dengan Michael Jackson dan Celine Dion - dan mengambil Mariah duduk di bawah sayapnya. Tak lama kemudian, hubungan mereka bertukar romantik, walaupun jurang usia 20 tahun, mereka berkahwin selepas album debut Mariah mencatat rekod best-selling pada tahun 1991.

“Kamu pasti sedang membayangk­an pengantin kanak-kanak,” katanya. “Dia sedaya upaya mahu saya dilabel all-American girl, tak pasti apa maksudnya. It was very controlled. Tiada kebebasan sebagai manusia. Hampir jadi seperti banduan.” Mottola menggelark­an hubungan mereka sebagai “wrong and inappropri­ate” dan setelah hampir lapan tahun, mereka akhirnya berpisah. Namun, Mariah berjaya menghasilk­an enam album dan 18 single nombor satu (di mana kebanyakan­nya dia adalah penulis lirik bersama), memenangi lima Grammys dan menguasai dunia muzik dengan keunikan vokal lima oktaf miliknya. Have there been mishaps? Ya. Ingat lagi persembaha­n tahun baru 2016, di mana earpiece yang dipakainya tidak berfungsi dan dia berkeras tidak mahu menyanyi dengan backup

“SAYA HANYA BERSAMA DENGAN LIMA JEJAKA SEPANJANG HIDUP SAYA. JADI SAYA AGAK KOLOT JIKA DIBANDINGK­AN DENGAN ORANG LAIN DALAM BIDANG YANG SAMA.”

track. Ramai beranggapa­n Mariah ‘difficult’ atau lebih teruk, bercadang mahu lip-sync saja.

“Jika kamu rasa ini momen paling teruk pernah terjadi dalam hidup saya, pertamanya, kamu tidak tahu tentang kerjaya seni saya,” katanya. “Dengan apa yang telah saya lalui, siapa kisah jika monitor saya pecah, jatuh, terkeluar dari telinga hanya kerana ia longgar? These things happen

and it’s over. Peminat setia saya masih bersama saya, yang lain akan cepat lupa.”

Sebenarnya, semua suka dengan cerita begini - or love to hate

- terutamany­a di alam maya. Jangan ingat Mariah tak tahu. Selepas menimang cahaya mata kembar bersama bekas suami, Nick Cannon pada tahun 2011, dia segera ‘menjenamak­an’ mereka

#Dem Babies, lama sebelum munculnya trend celebrity kids as a

brands. Bila bahunya terkehel pada tahun 2013, dia keluar memakai

bedazzled sling di depan paparazi. Sebelum memberi ucapan di

Billboard Music Awards Mei lalu setelah dinobatkan sebagai Icon Award, Mariah keluarkan tisu dari baju dalamnya, lap wajah dan masukkanny­a semula. Social media

went crazy. (“Saya langsung tak merancangn­ya,” jelas Mariah).

Dan terbukti: Tiada siapa yang boleh mencipta viral

worthy seperti Mariah Carey. Sepanjang momen snek dan wain kami, Mariah tidak pernah sekalipun menamakan mana-mana pesaingnya - atau bintang YouTube yang mendahului carta - tetapi dia tahu bagaimana mahu bercakap tentang mereka.

Bercakap tentang penulisan muzik: “Ramai artis mengaku yang mereka juga menulis, but they don’t

really write. Jangan terasa. Itu apa yang saya perhatikan.”

Bercakap tentang stail: “Ramai gadis suka berbogel di depan orang ramai. No offense to them.”

Bercakap tentang muzik video: “Mereka dah tak buat $2 juta muzik. Sekarang, siapa saja boleh hasilkan video.”

Bercakap tentang cinta barunya bersama jejaka lebih muda (dia sedang bercinta dengan bekas penarinya, Bryan Tanaka) : “Saya hanya bersama dengan lima jejaka sepanjang hidup saya. Jadi, saya agak kolot jika dibandingk­an dengan orang lain dalam bidang yang sama.” Then there’s this candid riff on

her lips: “Saya nampak teruk bila bergincu merah. Saya memerlukan

a lips done, tapi dah terlambat,” kongsinya sambil berdiri dan memegang torso. “Tak ada apa pun di sini, dress saja,” katanya. Dia maksudkan yang dia spanx-free.

Di tengah-tengah perbualan yang semakin lama semakin panas, kami rungkaikan: These aren’t

just sound bites. Kebanyakan yang dikongsi boleh bertukar menjadi topik hangat, meme baru yang bakal jadi tular dan juga tajuk utama. Dia bijak menjawab soalan-soalan dan jawapan yang dikongsika­nnya post-able, sekaligus boleh menjadi post yang bertahan lama di feed kamu.

Hingga ke malam, kami bercerita tentang penjagaan kulit, dia bersandar dan menayang pipi sempurna miliknya dari jarak dekat. Saya perhati, hampir tak bernafas - sisi inikah yang dia selalu minta jurugambar merakam gambarnya? Is she about to spill all the names in her variety pack? - sehinggala­h Mariah menyapa, “Kamu boleh pujinya bila-bila kamu suka.”

Trench coat: Dress: ( Halaman Depan) ( Halaman Sebelah)

( Halaman Ini) Robe: Olivia von Halle. Dress: Fleur du Mal. Aksesori rambut: Munnu/ The Gem Palace. Cincin: Yeprem. ( Halaman Sebelah) Jaket: Nour Hammour. Kemeja- T: L’agence. Jeans: J Brand. Aksesori rambut: Munnu/ The Gem Palace. Kasut: Milik Mariah.

( Halaman Ini) Trench coat: Burberry. Dress: Intimissim­i. Kasut: Laurence Dacade. ( Halaman Sebelah) Jaket: Whistles. Kemeja- T: Mariah Carey Store. Jeans: Mother. Cincin: Yeprem Penata Gaya: Johnny Wujek. Dandanan: Lorenzo Martin di The Wall Group. Solekan: Kristofer Buckle di Crosby Carter MGMT. Rias Kuku: Christina Aviles Aude di Star Touch Agency menggunaka­n OPI. Produksi: Crawford Production­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.