Relationsh­ip Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang ‘Kali Pertama’

Ia tak semestinya sakit, memalukan atau tidak menaikkan segala feels seperti yang kamu bayangkan atau apa yang orang cerita selama ini.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q: Teman-teman yang dah kahwin bercerita pengalaman malam pertama mereka sungguh indah, tapi bagi saya amat menyakitka­n!

A: Pengalaman setiap wanita takkan sama kerana terlalu banyak perkara unik yang boleh berlaku pada setiap individu. Mungkin kamu gementar? Itu saja sudah boleh membuatkan malam pertama cukup tidak mengujakan, jelas Holly Richmond Phd pakar terapi seks. “Kebanyakan masa bila kamu rasa ghairah, ‘Miss V’ kamu lembap dan relaks. Tetapi bila gementar, otot lantai pelvis kamu menegang membuatkan sekecil benda pun yang masuk menyakitka­n,” jelasnya. Jika kamu teruja dan horny tapi tetap sakit, mungkin juga apa-apa ubat (seperti ubat alahan) membuatkan kamu agak kering di bawah sana… Jadi di sesi seterusnya gunakan pelincir ya. Dan jika sudah kali keenam atau ke-12 masih sakit, eloklah kamu berjumpa pakar sakit puan.

Q: Saya tak berpengala­man, tak tahu posisi apa nak dilakukan. Takut nanti suami kata saya kaku!

A: Bila dan ons nanti pandailah kamu, tetapi sebenarnya banyak posisi yang boleh kamu cuba. Tak perlulah terlalu rakus cuba macam-macam kali pertama, jauh lagi nak pergi ni! Mulakan dengan posisi yang buat kamu selesa seperti yang dicadangka­n oleh Liz

Powell, pakar psikologi. Tidak semua malam pertama menemui kejayaan jadi beri fokus dalam memuncakka­n keghairaha­n kamu dan suami dengan foreplay, sentuhan (maklumlah pertama kali nak merasa), beritahu pasangan jika sentuhanny­a menggembir­akan kamu atau jika ada yang buat kamu tak selesa. Banyakkan sembang, bergurau senda.

Q: Perlukah saya cumbu tubuh suami? Tak cepat sangatkah untuk malam pertama?

A: Jika kamu selesa apa salahnya, pasti suami teruja. Sentuhan bibirmu pada setiap pelosok tubuhnya mempunyai potensi untuk rangsangan yang sangat hebat! Lepas dah mandi bersih-bersih, tarik suami ke katil dan mulakan misi mengenali tubuhnya dengan bibirmu. Tangan jangan diam saja, sekali jalan ya! Kamu pasti akan mendapat point tambahan di hati suami.

Q: Adakah saya akan mencapai klimaks jika dia lakukan yang sama dengan mulutnya pada tubuh saya?

A: Mungkin ya, mungkin tidak. Realitinya, malam pertama bagi kebanyakan wanita agak menakutkan dan ada juga yang mengujakan. Jadi nasihat kami jangan terlalu memikirkan kamu harus capai klimaks kerana tekanan itu boleh membuatkan lebih sukar untuk kamu sampai kemuncak. Kamu perlu bertenang dan nikmati segala perasaan yang muncul. Tak perlu stress!

Q: Saya tak pernah ada pengalaman bercinta, jadi saya tak pasti sama ada saya sudah bersedia untuk malam pertama atau tidak.

A: Itu kan perkara biasa. Beritahu suami akan perasaan kamu yang masih takut-takut agar kalian berdua ambil masa untuk berbincang, cari keselesaan dan masa yang sesuai. Suami yang baik takkan memaksa dan akan bersama-sama take it slow. Jangan ingat kamu saja, entah-entah dia pun malu (walaupun jarang didengar).

Q: Bolehkah terkena jangkitan kelamin kalau suami dan saya dua-dua tak pernah lakukan seks?

A: Mungkin tidak tetapi kalian masih belum ada imunisasi terhadapny­a. “Jangkitan kelamin atau STI tidak hanya dijangkiti melalui hubungan seks dan sentuhan antara alat sulit,” kata Dr Richmond. Sumber lain termasuk sentuhan secara oral dan penggunaan ubat secara IV. Amalkan seks selamat dengan memakai kondom dan rajinrajin­lah buat pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.