Confession­s

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Bulan lalu saya ke pesta buku Big Bad Wolf bersama bapa. Setelah jumpa buku yang diingini, kami terus beratur untuk buat pembayaran

– bapa di depan, saya di belakang. Sambil menunggu giliran, saya membelek buku lain dan segera hulurkan buku tadi pada bapa bila sudah hampir ke kaunter. Peliknya, ia tidak disambut! Bila saya toleh ke depan, ada jejaka kacak menyambut buku saya sambil kekasihnya memberi pandangan sinis. Oops sorry, saya tak berniat nak kacau laki awak!” – Wanie, 28

“Kejadian berlaku ketika dalam penerbanga­n dari Langkawi Ke Kuala Lumpur. Selepas sign tali pinggang boleh dibuka keluar, saya terus berlari ke tandas kerana perut memulas. Sebaik saja melabuhkan punggung, tiba-tiba saya ternampak tangan jejaka sedang menolak pintu tandas, terus saya menjerit sekuat hati. Rupa-rupanya saya tak kunci pintu dengan rapat! Selepas melepaskan ‘hajat’, saya berjalan ke tempat duduk sambil menunduk. Sumpah, malu!” – SHALIMA, 24

PENGAKUAN SELEBRITI: “Saya peminat setia sushi dan selalunya saya akan menikmatin­ya tanpa hiraukan riak wajah, janji perut kenyang. Satu hari seorang jejaka mengajak saya date di restoran Jepun. Seperti biasa saya makan satu roll sushi dalam mulut, tapi separuh isi terkeluar. Cepat-cepat saya masukkan baki makanan hingga mulut penuh membulat. Tanpa sedar, jejaka tersebut sedang memandang saya dengan pandangan jijik. Alahai...” – ASHLEY BENSON, PELAKON

“Kelas kuliah saya terletak di aras satu. Ketika menunggu kuliah seterusnya, saya lepak di balkoni sambil melihat crush saya bermain

ragbi di padang. Dek kerana terpesona, saya melompat untuk beri semangat ala

cheerleade­r. Tiba-tiba telefon pintar terlucut dari tangan, terjatuh ke atas kepala pejalan kaki di bahagian bawah. ‘Woi, sakitlah!,’ pekik seorang senior. Cepat-cepat saya berlari ke bawah dan meminta maaf.” – JIJI, 21

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.