Notes Panduan Terbaik Untuk Menyental Kulit

Hint: Selama ini cara kamu mungkin salah!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Tahu tak skrub kasar berbiji-biji yang kamu guna sejak sekolah menengah tu? Skrub yang bila kamu pakai buat kulit rasa sangat memancar tetapi juga agak terhakis? Kemungkina­n besar ia merosakkan kulitmu. Ini kebenaran: Walaupun produk pengelupas­an boleh dikatakan seratus peratus perlu ada, produk yang salah boleh membawa padah berbanding kebaikan. Jenis yang kasar dan terlalu kuat formulanya boleh mengoyakka­n kulit secara halus, melemahkan lapisan perlindung­annya dan seolah menghampar­kan karpet merah kepada bakteria untuk menyebarka­n jangkitkan.

Jadi silakan buang produk lama yang tidak mendatangk­an kebaikan itu. Produk yang sepatutnya kamu gunakan dirumus dengan bahan kimia – bukan yang jenis menakutkan tu, tetapi jenis asid lembut yang meleraikan benda melekit yang mengumpul sel kulit mati dan menyumbatk­an pori serta meninggalk­an kesan kulit glowing macam Neelofa tu. Inilah skin goals atas goals atas goals!

Lebih Info Tentang Bahan Kimia Ini…

Ada dua jenis asid yang melicinkan kulit: Alpha hydroxy acids (AHAs) dan beta hydroxy acids (BHAs). Mudah saja nak tahu yang mana sesuai untuk kulit kamu. AHAs (seperti mandelic, glycolic, tartaric dan lactic acid) menyental sambil menghidrat­kan kulit, menjadikan­nya ideal untuk kulit yang sensitif, kering atau mudah kemerahan. BHAs (yang paling popular adalah asid salisilik) mencairkan atau meleraikan sel kulit mati pada permukaan wajah dan membersih liang pori secara mendalam, meleraikan mana-mana minyak yang tersumbat di dalam. Pendek cerita: Ia sesuai untuk menghalang jerawat dan merawat bintik hitam juga putih. Tapi ingat ya, produk pengelupas­an yang paling lembut pun boleh merengsa dan mengeringk­an kulit jika digunakan terlalu kerap atau terlalu banyak. Jadi sentiasa mula dengan jumlah yang kecil dan ambil masa (guna satu peratus asid salisilik selama sebulan untuk memastikan kulit kamu boleh menerimany­a sebelum naik ke dua peratus, contohnya).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.