Hot Brand Kemeriahan Terasa dengan N°5

Seperti ada magis tersendiri, koleksi edisi terhad wangian Chanel ini mampu buat sesiapa pun rasa gembira!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Happy shopping!

Wangian ikonik jenama kecantikan mewah N°5 kali ini tampil memeriahka­n musim perayaan yang bakal tiba dengan empat koleksi edisi terhad yang mendapat sentuhan kreativiti Jean-Paul Goude.

Hadiah? Eau Thanks…

Mewahnya pemberian botol wangian 100ml ini dan kamu ada pilihan antara N°5 Eau De Parfum, N°5 L’eau ataupun Coco Mademoisel­le Eau De Parfum di dalam bungkusan yang dihias dengan Chanel shopping bags serta bungkusan comel!

If big is not you thing, Mini Twist and Spray ini pasti memikat hati. Comel seperti gincu dengan wangian 7ml, N°5 Eau de Parfum dan N°5 L’Eau ini mudah kamu selitkan ke dalam beg tangan. Anggun dengan warna hitam emas atau chic dengan putih hitam. Ia hadir dengan dua botol isian semula.

Untuk kulit yang memancar kilauan emas, N°5 Fragments D’or, 250ml adalah gel mewah dengan aroma lembut untuk kamu sapu pada seluruh tubuh. Jangan risau, ia takkan buat kamu kelihatan seperti patung emas kerana kilauannya lembut dan menggoda.

Dan kerana kamu mahu wangian kesayangan kamu ini sentiasa berada bersamamu di mana-mana saja, Mini Twist and Spray 7ml dan wangian 100ml N°5Eau De parfum juga N°5 L’eau digabungka­n di dalam satu set agar kamu dapat simpan satu di rumah dan satu lagi dalam beg tangan. Bunyinya seperti nak beli untuk diri sendiri saja, kan? Ingat, good things are best shared, jadi belikan juga untuk insan tersayang ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.